Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kitab pelajar pondok ditenggelami banjir
utama

Kitab pelajar pondok ditenggelami banjir


KUALA KRAI: Banjir yang melanda beberapa tempat di sini baru-baru turut merosakkan pondok kediaman pelajar di Madrasah Darul Musaffirin RPT Sungai Sok dekat sini.

Enam rumah pondok kediaman pelajar terpaksa diroboh ekoran rosak teruk akibat ditenggelami banjir.

Mudir madrasah terbabit Ustaz Mohd Ismail Abdullah berkata, enam pondok terbabit terpaksa diroboh memandangkan rosak teruk akibat banjir baru-baru ini.

Katanya, turut tenggelam beberapa kitab pelajar dan peralatan memasak yang tidak sempat diselamatkan ekoran banjir meningkat secara mendadak.

“Sekarang pelajar terbabit terpaksa bermalam di surau madrasah. Insya-Allah pembinaan semula rumah pelajar dicadangkan dilaksana selepas musim tengkujuh.

“Kesemua 15 pelajar yang tinggal di pondok tersebut dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Sok beberapa malam ketika banjir melanda,” katanya di sini.


 Madrasah Darul Musaffirin mempunyai pelajar yang berusia antara 12 hingga 42 tahun. Mereka berasal dari Kuala Krai dan Gua Musang. Rumah pondok pelajar terletak di ruang belakang madrasah.

Kedudukan pondok tersebut terletak tidak jauh daripada anak sungai menyebabkan mudah dinaiki air selepas hujan lebat.

Madrasah tersebut dibangunkan Ustaz Mohd Ismail sejak lima tahun lepas terletak tidak jauh dari Masjid RPT Sungai Sok. Lokasi madrasah agak rendah menyebabkan mudah ditenggelami banjir.

Oleh itu beliau merayu sumbangan orang ramai bagi membeli kitab yang rosak dan membina semula rumah pondok pelajar.


Sumbangan boleh disalur melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0300 5411 0006 4031 atau boleh hubungi talian 011 2194 0943 atau 011 1100 7865.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook