Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LRA BUKIT REMAH DIJANGKA BEROPERSI SEMULA HARI INI
utama

LRA BUKIT REMAH DIJANGKA BEROPERSI SEMULA HARI INI

Kredit Foto dan Video FB YB Dato’ Dr Izani Husin

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 9 Disember- Penduduk yang terjejas  bekalan air bersih akibat kerosakan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah Tanah Merah akan menerima semula bekalan air bersih, kerana LRA tersebut dijangka kembali beroperasi, hari ini.

Menurut Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dr Izani Husin, penyaluran air dari LRA tersebut bergantung kepada "test run" yang dijalankan oleh pasukan AKSB bagi memastikan pengagihan air berjalan lancar.

Katanya, pasukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah melakukan kerja-kerja pembaikian di LRA tersebut bermula 3 Disember lagi, dan "test run" telah dijalankan pada 8 Disember bagi memastikan pengagihan bekalan air bersih beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang kerosakan.

"Sekiranya ujian berjalan lancar, insya Allah bekalan air bersih akan disalurkan semula dari LRA tersebut pada 9 Disember."

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di laman sosial miliknya, pada Sabtu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan AKSB, kontraktor dan jurutera yang bekerja tanpa mengenal penat, siang dan malam bagi menangani permasalahan tersebut.

"Terima kasih juga kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atas kelulusan dan sokongan yang diberikan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikian. Kerjasama erat ini menunjukkan komitmen semua pihak bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan asas dengan lebih baik", jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan LRA Bukit Remah, Tanah Merah dihentikan operasi buat sementara waktu berikutan kerosakan LRA tersebut akibat hujan lebat berterusan pada hujung November lalu ya g menyebabkan 13766 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air bersih.

Rentetan itu, Dato' Dr Izani juga telah mengadakan lawatan ke lokasi terbabit untuk meninjau keadaan semasa.

 
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook