Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MASYARAKAT SIAM HARGAI KERJASAMA KERAJAAN NEGERI TANGANI BANJIR
utama

MASYARAKAT SIAM HARGAI KERJASAMA KERAJAAN NEGERI TANGANI BANJIR

Oleh: Norzana Razaly

TUMPAT, 4 Disember – Masyarakat Siam di Pengkalan Kubor menyatakan penghargaan terhadap perhatian dan kerjasama erat daripada pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dalam membantu mangsa banjir. 

Langkah proaktif kerajaan negeri mewartakan tujuh wat sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah memberi manfaat besar kepada penduduk terjejas.

Ketua Sami Wat Machimaram Phra Ajarn Somchai Wongraksa meluahkan rasa terharu atas keprihatinan tersebut.

“Kita sangat hargai sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri. Usaha ini jadi bukti kerajaan negeri tidak pinggirkan masyarakat Siam walau dalam apa hal sekali pun termasuk keselamatan dan kebajikan pelbagai kaum, khasnya masyarakat Siam ketika banjir,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata pewartaan PPS di kawasan wat-wat Siam sekitar Pengkalan Kubor dan Tumpat adalah langkah inklusif yang bertujuan memastikan semua mangsa banjir tanpa mengira kaum dan agama dapat menikmati perlindungan yang selamat. 

“Pendekatan ini kita ambil untuk menjaga nilai kesepaduan yang menjadi pegangan masyarakat setempat melalui prinsip ‘Set Kita Jange Pecoh’,” katanya.

Beliau turut menegaskan, perpaduan yang erat dan semangat muhibah di antara masyarakat Siam dan Melayu di kawasan tersebut adalah contoh terbaik.

“Ketika PPS lain penuh, penduduk Melayu turut ditempatkan di wat, dan situasi ini diterima dengan baik oleh semua pihak. Ia melambangkan sikap saling memahami dan harmoni dalam kalangan komuniti berbilang bangsa di Tumpat,” jelasnya.

Kunjungan kerja beliau ke beberapa wat pada Isnin lalu turut disertai Pengerusi Pusat Integrasi Kaum Negeri Kelantan (PEKA) Lim Guan Seng dan Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua.

Sebanyak sepuluh PPS telah diwartakan di kawasan itu bagi menempatkan mangsa banjir iaitu Wat Machimaram, Wat Pikulyai, Wat Prachumthatcabaram, Wat Sukhontaram, Wat Pikulthong, Wat Photivihan, Wat Prachumchonnava Silaloy, Masjid Pak Keral, Surau IPD Tumpat dan Dewan Penggawa Pengkalan Kubor.

Dato’ Wan Roslan turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan wat, penyumbang barang keperluan asas dan mangsa banjir atas kerjasama serta kesabaran mereka menghadapi bencana ini.

“Bencana alam seperti banjir adalah ujian untuk mengukur kekuatan semangat perpaduan sesama kita.

"Sikap bantu-membantu serta menghormati perbezaan budaya dan agama yang ditunjukkan menjadi contoh teladan terbaik bagi masyarakat kita. Ini membuktikan bahawa cabaran dapat diatasi bersama dengan semangat solidariti,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook