Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MDT GIATKAN OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI TUMPAT
utamavideo

MDT GIATKAN OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI TUMPAT

Kredit foto/ video: Majlis Daerah Tumpat (MDT)

Oleh: Norzana Razaly

TUMPAT, 11 Disember – Majlis Daerah Tumpat (MDT) terus giat melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir yang bermula pada 1 Disember lalu. Ketika ini, fasa kedua sedang dijalankan di kawasan Taman Sri Bayu.

Menurut Yang Dipertua MDT Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin, Fasa 1 operasi tersebut telah melibatkan 310 trip lori bagi mengangkut sisa banjir.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Pasir Pekan YB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dan petugas Pejabat Ahli Dewan Negeri Pasir Pekan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam serta Majlis Daerah Kuala Krai atas sumbangan jentera pembersihan, pada Selasa.

Katanya lagi, bagi fasa kedua, MDT memberi tumpuan kepada kawasan belakang Taman Sri Bayu dengan kutipan sebanyak 60 trip sisa banjir. Selain itu, kerja-kerja pembersihan sedang berlangsung di Balai Raya Taman Sri Bayu dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“MDT sentiasa mengalu-alukan penyertaan daripada jabatan kerajaan, NGO, dan pihak lain untuk bersama-sama kami dalam usaha pembersihan pasca banjir ini. Orang ramai boleh menghubungi talian 09-7252224 untuk menyertai operasi ini,” ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yakin, kerjasama yang berterusan daripada pelbagai pihak diharap dapat mempercepatkan proses pemulihan di kawasan terjejas, demi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk kembali terjamin.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook