Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PASUKAN “GONYOH GAHA” MULAKAN OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI KELANTAN
utama

PASUKAN “GONYOH GAHA” MULAKAN OPERASI PEMBERSIHAN PASCA BANJIR DI KELANTAN

Oleh: Norzana Razaly

PASIR PUTIH, 4 Disember 2024 – Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) yang mempelopori program Gonyoh Gaha pasca banjir 2014 dulu kini terus memulakan operasi pembersihan pasca banjir di seluruh Kelantan setelah air mulai surut sejak Isnin lalu. 

Salah satu lokasi tumpuan mereka ialah Dewan Negeri Gaal. 

Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal YB Mohd Rodzi Ja'afar memaklumkan, program gotong-royong pembersihan kawasan banjir yang dikenali sebagai “Gonyoh Gaha”, mendapat sambutan luar biasa di kawasannya yang menggembleng semangat para sukarelawan untuk bersama-sama memulihkan kawasan terjejas.

“Kita berterima kasih kepada 100 sukarelawan Gonyoh Gaha yang diketuai Penghulu Mukim Gong Chapa, Mukhari Ab Ghani. Turut serta ialah anggota Skuad Sukarelawan Banjir DUN Gaal dan peserta Ladang Rakyat yang komited memberikan bantuan kepada komuniti yang terjejas akibat banjir. 

“Aktiviti pembersihan hari ini melibatkan rumah, masjid, dan kawasan awam sekitar yang rosak akibat banjir seperti di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang terjejas teruk. Antaranya Balaisah Batu Hitam dan PASTI Batu Hitam,” katanya, ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan atas sumbangan beras 550 beg kepada mangsa banjir di kampung Batu Hitam, Gong Chapa, Pengkalan Pauh dan Gong Garu.

“Semua jenis bantuan baik segi tenaga mahu pun sumbangan makanan ini dapat memulihkan semula kawasan fizikal, semangat rakyat dan memperkukuh ikatan komuniti dalam menghadapi cabaran pasca banjir,” tambahnya.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook