Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PBT KELUARKAN EMPAT PERMIT HIBURAN MALAM TAHUN BAHARU 2025
utama

PBT KELUARKAN EMPAT PERMIT HIBURAN MALAM TAHUN BAHARU 2025

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 31 Disember- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengeluarkan empat permit hiburan sambutan ambang tahun tahun baharu 2025, malam ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Helmi Abdullah berkata, empat permit itu melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Tumpat (MDT)  dan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).

"MPKB-BRI mengeluarkan satu permit sempena program Monsoon Food Festival di Asian Village, Tunjong.

"Di Tanah Merah, pihak MDTM telah mengeluarkan dua permit untuk persembahan dikir barat di Dataran Muhibbah Taman Barakah dan di jambatan Gulliemard, manakala MDT mengeluarkan satu permit bagi persembahan nyanyian di Wat Machimaran, Kampung Jubakar Darat.

"Saya berharap pihak penganjur yang terlibat agar sentiasa mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan dan tidak melanggar syarat permit yang dikeluarkan, "katanya menerusi satu kenyataan sebagaimana laporan BERNAMA, pada Ahad.

Mengulas mengenai Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024, YB Hilmi berkata, penggubalan enakmen tersebut membolehkan kawalan lebih ketat dan tegas terhadap sebarang penganjuran aktiviti hiburan di negeri Kelantan.

"Penggubalan enakmen tersebut juga selari dengan hasrat pihak berkuasa negeri untuk menukar pegawai pelesen hiburan daripada ketua jajahan kepada  yang dipertua (YDP) PBT," katanya.

Antara perubahan dalam enakmen baharu tersebut ialah kadar denda kesalahan dan kompaun dinaikkan ke tahap maksimum iaitu RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod, Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 telah diluluskan di Persidangan Dewan Negeri Kelantan pada November 2024 dan akan berkuatkuasa pada Januari 2025.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook