Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMBAIKAN JALAN NEGERI PASCA BANJIR DIBERI PERHATIAN SERIUS – EXCO KERJARAYA
utama

PEMBAIKAN JALAN NEGERI PASCA BANJIR DIBERI PERHATIAN SERIUS – EXCO KERJARAYA

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM 12 Disember – Kerajaan Negeri Kelantan komited melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan yang terjejas akibat banjir bagi memastikan kelancaran infrastruktur dan keselamatan rakyat.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr. Izani Husin berkata pihaknya memberi perhatian serius terhadap isu tersebut dengan mengenal pasti kerosakan jalan negeri antaranya, jalan Jelawang-Jerek yang runtuh dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM5 juta dan jalan Tumpat-Tujuh-Geting yang memerlukan peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Berdasarkan pembentangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan, beliau turut menyatakan beberapa jalan lain yang terjejas iaitu jalan masuk ke RKT Jerek, jalan Simpang Tiga Sungai Pahi ke Kampung Peria dan jalan ke Loji Rawatan Air Bukit Remah, dengan jumlah keseluruhan kos pembaikan jalan negeri dianggarkan RM12 juta.

“Sebanyak 12 jalan persekutuan juga mengalami kerosakan serius, termasuk jalan Kemuning-Bukit Belah, jalan Pasir Puteh-Machang, jalan Sungai Sam-Jeli, dan lain-lain. Kos pembaikan keseluruhan jalan persekutuan dianggarkan berjumlah RM16 juta,” katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Berkaitan jalan Aring-Kenyir yang runtuh dan ditutup sepenuhnya, beliau menjelaskan bahawa ia berada di bawah seliaan JKR Terengganu. Namun begitu, JKR Kelantan telah mengambil langkah memasang papan tanda amaran demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Secara keseluruhan, jumlah kos pembaikan semua jalan akibat bencana ini adalah sebanyak RM28 juta. Walaupun jumlah ini besar, kerajaan negeri bersama agensi teknikal akan memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan dengan cekap dan segera demi kepentingan rakyat Kelantan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas tindakan segera untuk membaiki jambatan Jubakar Pantai di hadapan Taman Sri Bayu.

“Saya sempat melawat rumah yang roboh akibat daripada hakisan banjir dan melihat jalan-jalan yang telah diperbaiki oleh pihak kerajaan dengan kadar segera bagi kemudahan penduduk sekitar. Saya juga sempat melawat jalan runtuh di Jubakar Pantai-Taman Sri Bayu Tumpat yang musnah akibat banjir.

"Insya-Allah pembaikian jalan yang menghubungkan Jubakar Pantai-Taman Sri Bayu akan disegerakan untuk kemudahan rakyat,” catatnya di laman sosial, pada Selasa.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook