Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMBINAAN PLSB PERLU DIKAJI SEMULA - MB
utama

PEMBINAAN PLSB PERLU DIKAJI SEMULA - MB

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 11 Disember- Kerajaan Negeri Kelantan menggesa pihak yang terbabit dengan pembinaan Projek Pembinaan Lembaga Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok supaya mengkaji semula perancangan projek tersebut agar dibuat secara teratur dan strategik bagi mengelakkan banjir besar terus berlaku.

Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, langkah tersebut penting bagi mengelakkan kesan buruk kepada rakyat di kawasan projek tersebut sepanjang tempoh pembinaan.

"Kita cadangkan agar pembinaan" bypass" yang  berfungsi untuk menyalurkan ke Sungai Mengkuang dan Pengkalan Nangka bagi mengelakkan risiko banjir yang lebih teruk di Meranti dan Lancang serta kawasan sekitarnya.

“Cadangan ini perlu diteliti oleh pihak yang terbabit dengan projek pembinaan PLSB sebagai langkah penyelesaian yang signifikan," katanya menerusi kenyataan rasmi kepada media selepas mesyuarat exco di Mabna, hari ini.

Dato’ Mohd Nassuruddin juga menyeru agar pihak terbabit dengan projek PLSB mengambil kira pandangan dan idea daripada penduduk tempatan di kampung-kampung di sekitar sungai Golok dalam membuat setiap perancangan.

"Penduduk asal ini lebih arif dan memahami keperluan dan cabaran setempat yang perlu diberi perhatian yang serius," jelasnya.

Beliau sangat berharap projek tebatan banjir itu dapat dilaksanakan segera  bagi mengelakkan kerugian yang besar oleh penduduk terbabit pada masa hadapan.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook