Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMIMPIN NEGERI-ECRL, BINCANG SOLUSI TERBAIK ALIR AIR HUJAN KE LAUT
utama

PEMIMPIN NEGERI-ECRL, BINCANG SOLUSI TERBAIK ALIR AIR HUJAN KE LAUT

Oleh: Asri Hamat

PASIR PUTEH, 2 Disember – Dua pemimpin negeri Kelantan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selising YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Mohd Saizol Ismail telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi membincangkan solusi terbaik untuk mengalirkan air hujan ke laut.

Pertemuan semalam di Pusat Khidmat DUN Selising turut melibatkan Ketua Jajahan Pasir Puteh Mohd Roshdi Ismail diiringi penggawa, penghulu dan penduduk kampung.

Fokus utamanya, mencari alternatif sistem saliran air hujan yang lebih cekap, sejajar dengan pelaksanaan projek ECRL, khususnya menghadapi cabaran musim tengkujuh di kawasan Pasir Puteh.

Menurut Dato’ Tuan Mohd Saripudin yang juga Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, meskipun projek ECRL memberi manfaat besar kepada rakyat, aspek penambahbaikan diperlukan bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kawasan sekitar.

“Pembinaan landasan ECRL pada masa ini dilihat menyukarkan aliran semula jadi air hujan ke laut, menyebabkan banjir di kawasan tertentu. Oleh itu, kami mencadangkan reka bentuk saliran yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah ini, terutama dengan mengambil kira pola hujan yang tinggi pada musim tengkujuh,” katanya menerusi catatan di media sosial, pada Ahad.

Beliau turut memuji sikap terbuka pihak ECRL dalam menerima pandangan komuniti tempatan bagi meningkatkan kecekapan projek berkenaan.

"Ini menunjukkan kerjasama erat di antara kerajaan, masyarakat, dan pihak pelaksana projek dalam memastikan kesejahteraan penduduk terjaga," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, YB Saizol yang juga AND Salor memaklumkan bahawa semua enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di DUN Salor telah ditutup sepenuhnya setelah keadaan banjir di kawasan tersebut pulih.

"Alhamdulillah, semua PPS dalam DUN Salor ditutup hari ini (Ahad) tetapi kita masih bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan," ujarnya di media sosial.

Antara PPS yang telah ditutup termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Salor, Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta, SK Mulong Satu dan SK Kedai Piah.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook