Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PKINK TERUS PACU EKONOMI KELANTAN DENGAN PELUANG STRATEGIK BAHARU
utama

PKINK TERUS PACU EKONOMI KELANTAN DENGAN PELUANG STRATEGIK BAHARU

Kredit Foto FB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Hj Mohd Nassuruddin Haji Daud

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 9 Disember – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited memacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan memanfaatkan peluang strategik baharu demi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menegaskan bahawa PKINK berperanan memperkukuh ekonomi negeri menerusi penerokaan dan sektor baharu, pelaksanaan inisiatif proaktif, dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan nilai Islam, selaras dengan misi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI).

“Mesyuarat Ahli Lembaga PKINK adalah platform penting bagi menyelaraskan strategi pembangunan ekonomi Kelantan supaya terus kompetitif dalam sektor perdagangan, perindustrian, dan pelaburan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut pada Ahad.


Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga PKINK menambah, pendekatan ini memastikan bahawa aspirasi PKINK sejajar dengan prinsip Islam sebagai asas pentadbiran negeri.

Kemudian, beliau merasmikan Seminar Pengarah 2.0 yang  menghimpunkan ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi PKINK serta Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di sebuah hotel, di sini. 

Beliau menyeru semua anak syarikat di bawah PKINK dan PMBK untuk melibatkan diri dalam usaha membantu rakyat yang terkesan akibat banjir, menyatakan bahawa tanggungjawab sosial korporat amat penting dalam meringankan beban masyarakat.

“Tahniah kepada penganjur atas inisiatif menganjurkan program ini. Ia sangat signifikan dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme, sekaligus memacu syarikat-syarikat ke arah kecemerlangan dan memperkukuh ekonomi negeri,” katanya.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook