Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PUNCA KERUGIAN PENTERNAK IKAN KERAPU HIBRID DI LAGUNA SEMERAK DIATASI SEGERA
utama

PUNCA KERUGIAN PENTERNAK IKAN KERAPU HIBRID DI LAGUNA SEMERAK DIATASI SEGERA

Oleh: Norzana Razaly

PASIR PUTEH, 5 Disember – Punca kerugian hampir RM2 juta yang dihadapi 38 penternak ikan kerapu hibrid di Laguna Semerak diatasi segera oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan, dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata lebih 2000 buah sangkar Projek Kerapu Hibrid terbesar di Kelantan yang terjejas itu mengakibatkan sekitar 100,000 ekor ikan premium itu mati berikutan kawasan ternakan dimasuki air banjir.

Beliau bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak, YB Nor Sham Sulaiman, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Kelantan Dr. Erniyta Osman dan Ketua Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak (PPILS) Mustafa Bakar telah turun ke lokasi kejadian pada Selasa, bagi meninjau situasi semasa dan mencari penyelesaian segera untuk mengurangkan impak kerugian kepada penternak.

Oleh itu, pihaknya telah diambi langkah segera dengan meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM5,000 bagi membina sistem saluran air sementara bertujuan memastikan aliran air laut mencukupi masuk ke kawasan laguna berkenaan. 

“Punca ikan mati kerana air laut tidak dapat dialirkan secukupnya ke laguna disebabkan muka kualanya sering tertutup apabila berlaku air pasang besar atau musim tengkujuh kerana belum dibina tebatan pemecah ombak yang boleh menghalang tertutupnya laguna Semerak dengan pasir.

"Sistem saluran paip yang telah dipasang untuk meningkatkan aliran air laut menunjukkan hasil positif dalam jangka masa pendek. Sekali gus membantu memulihkan ekosistem ternakan ikan yang terjejas. Jika kita tidak ambil langkah tersebut, kerugian mungkin akan meningkat kepada RM20 juta. Kita akan terus menambah baik sistem ini bagi memastikan keberkesanannya pada masa hadapan," katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk membawa isu tersebut ke peringkat kementerian bagi mendapatkan sokongan terhadap projek jangka panjang yang berpotensi menjadi penyelesaian kekal.

“Dua projek yang telah dimohon oleh kerajaan negeri kepada kementerian untuk manfaat kepada semua penternak iaitu pertama, projek mendalamkan Kuala Semerak lokasi pusat penternakan itu sepanjang 5 kilometer dengan kos yang dianggarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan sebanyak RM12juta.

“Kedua, projek kekal pemecah ombak di Kuala Semerak dengan pembinaan tembok gabion untuk mengelakkan muka kuala daripada sentiasa tertimbus,” jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau amat menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam membantu penternak di Laguna Semerak dan berharap kerjasama itu diberkati dan terus membawa manfaat kepada komuniti serta kemajuan industri.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook