Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 SG4 bantu penternak atasi kos makanan mahal
utama

SG4 bantu penternak atasi kos makanan mahal


BESUT: Kerajaan Empat Negeri (SG4) berusaha membantu penternak yang berdepan peningkatan harga makanan ternakan sejak beberapa tahun lepas. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Dr Azman Ibrahim berkata, SG4 sebelum ini bersetuju mewujudkan kilang mengeluarkan makanan ternakan. 

Katanya, bahan bagi menghasilkan makanan ternakan dipastikan daripada sumber tempatan dan bukan diimport. 

“Kilang itu dijangka akan dibina di Terengganu atau Kelantan dengan kerjasama pelabur.

“Bahan-bahan bagi menghasilkan makanan ternakan dipastikan daripada produk tempatan daripada SG4 bagi mengelakkan harga makanan ternakan mahal menggunakan bahan import,” katanya di sini.

SG4 dicetus pada muktamar PAS di Shah Alam pada Oktober 2023. Ia disertai Menteri-Menteri Besar daripada Terengganu, Kedah, Perlis dan Kelantan.

Dan pada 18 September lepas diadakan Sidang Kemuncak SG4 di Bangi Selangor. Turut hadir Panel Penasihat SG4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 


Dr Azman juga berkata, bagi meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian, negeri SG4 disaran menggunakan dolomite yang terdapat di Perlis. 

Manakala Terengganu pula memanfaatkan pengalaman dalam sektor perikanan dengan memperkayakan sumbernya melalui usaha melabuhkan tukun tiruan dan unjam ke dalam laut. 

“Terengganu juga mewujudkan Tabung Bencana bagi membantu petani dan nelayan yang ditimpa sesuatu bencana,” ujarnya. 

Menurutnya juga Konvensyen SG4 dijangka akan diadakan pada 5 Januari ini di Langkawi yang melibatkan pembentangan semua sektor.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook