Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAHNIAH TERENGGANU, SEBATAN SYARIAH TERBUKA LANGKAH EFEKTIF DIDIK MASYARAKAT
utama

TAHNIAH TERENGGANU, SEBATAN SYARIAH TERBUKA LANGKAH EFEKTIF DIDIK MASYARAKAT

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 30 Disember – Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas pelaksanaan hukuman sebatan syariah secara terbuka yang disifatkan sebagai langkah efektif mendidik masyarakat selaras dengan maqasid syariah.

Tindakan tersebut bertujuan memberi manfaat, sekali gus menolak keburukan dan menghilangkan kemudaratan.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud, dalam kenyataan rasmi pada 27 Disember lalu, memuji inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu atas pelaksanaan hukuman sebatan syariah di luar penjara secara terbuka di masjid.

Hukuman tersebut melibatkan pesalah khalwat berulang sebanyak tiga kali, dilaksanakan mengikut piawaian syariah yang bertujuan memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap batasan agama.

“Hukuman sebatan secara tertutup yang melibatkan warden penjara sahaja telah lama dilaksanakan di semua negeri.

"Namun, pelaksanaan secara terbuka dengan kehadiran sehingga 70 saksi seperti yang dilakukan Terengganu adalah langkah yang mengambil roh sebenar hukuman syariah.

"Ia tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan undang-undang syariah,” ujarnya.

YB Mohd Asri turut menyeru semua pihak agar tidak mencetuskan naratif mengelirukan atau berniat tidak baik, apatah lagi mempolitikkan isu pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebaliknya, beliau menggesa semua pihak memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan hukuman mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan juga bersedia melaksanakan langkah serupa apabila tatacara dan SOP terbaik dirangka.

“Kelantan telah meluluskan perkara ini melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017), yang antara lainnya membolehkan hukuman sebatan dilaksanakan di khalayak ramai,” tambahnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook