Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU KELANTAN – MB
utama

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU KELANTAN – MB

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 3 Disember 2024 – Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, mengucapkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat memberikan bantuan dan sokongan sepanjang musim banjir yang melanda Kelantan sejak minggu lalu.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa musibah banjir yang dihadapi memerlukan rakyat untuk terus meningkatkan kesabaran dan berganding bahu menghadapi cabaran ini.

“Ingatlah, dalam setiap kesusahan itu adanya kesenangan yang akan kunjung tiba. Seluruh rakyat hendaklah bersatu hati menghadapi ujian ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut, hari ini.

Beliau turut menyampaikan penghargaan khusus kepada agensi-agensi keselamatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir dengan penuh dedikasi.

Tidak ketinggalan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, serta personaliti dan pemimpin masyarakat yang aktif menyampaikan bantuan secara langsung kepada mereka yang terkesan.

Dato’ Mohd Nassuruddin turut mengingatkan tentang kepentingan semangat tolong-menolong yang menjadi cerminan kekuatan ukhuwah Islamiah dan kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat.

Beliau memetik sabda Rasulullah SAW mengenai keutamaan membantu mereka yang berada dalam kesusahan, seperti yang dinyatakan dalam Riwayat Muslim, bahawa Allah SWT akan mempermudahkan kehidupan hamba-Nya yang membantu saudaranya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook