Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TIADA LARANGAN JUALAN MAKANAN BERASASKAN KHINZIR DI PREMIS NON-MUSLIM DI KELANTAN
utama

TIADA LARANGAN JUALAN MAKANAN BERASASKAN KHINZIR DI PREMIS NON-MUSLIM DI KELANTAN


Oleh: Norzana Razaly 

KOTA DARULNAIM, 29 Disember – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah menegaskan bahawa makanan berasaskan khinzir seperti Bak Kut Teh, Char Siu dan Siu Yuk tidak pernah dilarang dijual di premis khas untuk non-Muslim di Kelantan.

Beliau menyelar kenyataan YB Teo Nie Ching yang mendakwa bahawa pelaksanaan Sijil Halal di Kelantan akan menjejaskan ekonomi pengusaha restoran yang menjual makanan tersebut.

“Isu ini langsung tidak berkaitan dengan pelaksanaan Sijil Halal. Kenyataan yang dikeluarkan YB Teo Nie Ching hanya menimbulkan kekeliruan dan tidak berasas,” tegas YB Hilmi ketika dihubungi, hari ini.

Menurut YB Hilmi, Kerajaan Kelantan komited dalam memastikan keharmonian masyarakat dan kebebasan beragama, di samping mengekalkan prinsip-prinsip pentadbiran Islam yang adil dan inklusif.

"Kita (kerajaan negeri) sentiasa menghormati hak peniaga non-Muslim untuk mengusahakan perniagaan mengikut kepercayaan dan keperluan komuniti masing-masing.

“Pelaksanaan Sijil Halal hanya terpakai kepada premis makanan yang ingin mendapatkan pengiktirafan tersebut, dan ia tidak pernah memberi kesan kepada perniagaan non-Muslim yang tidak memohon sijil berkenaan,” jelasnya. 

YB Hilmi menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu berkaitan peraturan halal di Kelantan dan meminta agar kenyataan yang tidak tepat dihentikan demi menjaga keharmonian antara kaum serta keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan negeri.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook