Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Zon bebas cukai di Tasik Kenyir tidak masuk akal
utama

Zon bebas cukai di Tasik Kenyir tidak masuk akal


MARANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) membazirkan banyak wang rakyat ketika mentadbir Terengganu sebelum ini bagi mewujudkan zon bebas cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir.

Projek terbabit dilaksanakan bermula 2012 terbengkalai dalam tempoh begitu lama. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato’ Razali Idris berkata, zon bebas cukai dianggap tidak sesuai di Tasik Kenyir.


Katanya, zon bebas cukai biasanya berada di kawasan sempadan negeri dan bukannya jauh di pedalaman.

“Cuba bayangkan kos mengangkut barangan yang diimport dari China melalui Pelabuhan Klang untuk sampai ke Tasik Kenyir. 

“Bagaimana peniaga hendak menjual barangan dengan harga murah kerana kos pengangkutan sudah tinggi. Pada cadangan mewujudkan zon bebas cukai di Tasik Kenyir tidak sesuai,” katanya di sini.

Projek zon bebas cukai dilaksanakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN bermula pada 2012 dan dijadualkan siap 2016.

Projek itu membabitkan pembinaan bangunan terminal penumpang, jeti servis, kompleks beli-belah di Kenyir Trade Centre, laluan pendaratan bot, hentian rehat, stesen buggy dan wakaf.

Bagaimanapun projek terbabit terbengkalai dalam tempoh begitu lama sehingga diteruskan semula kerajaan PAS pada 2019.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato’ Rasul Wahid sebelum ini dilaporkan berkata, projek pulau bebas cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir seperti membuang wang rakyat dalam air. 


Menurutnya projek terbabit membabitkan kos RM118 juta terhenti kira-kira dua tahun lalu hanya mencapai kemajuan lebih 70 peratus.

Razali juga berkata, hotel milik kerajaan negeri di Tasik Kenyir yang dibina pada 2015 terbengkalai lama disiapkan semula kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya hotel itu mengangundi 150 bilik dibaikpulih semula dan dijangka beroperasi pada Mac 2025.

Hotel tersebut diurus Terengganu Incorporated (Terengganu Inc).


Selain itu di Tasik Kenyir juga terdapat Hotel KETENGAH di Pengkalan Gawi, turut menawarkan penginapan kepada pengunjung yang dilengkapi 21 bilik.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook