Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 5,162 pelajar YIK duduki peperiksaan SPM

5,162 pelajar YIK duduki peperiksaan SPM

 


Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Seramai 5,162 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menduduki peperiksaan bertulis hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,496 pelajar lelaki, manakala 2,666 calon perempuan. Mereka menduduki peperiksaan di 88 pusat peperiksaan di seluruh Kelantan.

Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK, Sukeri Hussin berkata, setiap calon SPM mengambil sekurang-kurangnya sembilan mata pelajaran dan tidak melebihi 12 subjek.

Sebagai contoh, Maahad Tahfiz Al Qura’an (MTAQ) Darul Saadah menawarkan mata pelajaran khusus seperti Sains Rumah Tangga dan Maahad Sains Tok Guru (MSTG) pula menawar mata pelajaran Sains Komputer.

“Mata pelajaran wajib merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Bahasa Arab,” katanya di sini.

Selain itu, subjek elektif termasuk Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, ekonomi, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Rumah Tangga, Grafik Komunikasi Teknikal, Usul Al-Din, Al-Syariah, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Manhaj Al-Ulum Al-Islamiah, Al-Adab Wa Al-Balaghah, Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.

Sukeri juga berkata, bagi pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Al-Kauthar, subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran turut menjadi sebahagian kurikulum wajib.



Manakala Grafik Komunikasi Teknikal turut diambil calon SPM di beberapa sekolah termasuk Maahad Amir Indera Petra (MAIP), Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM), Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad Muhammadi Perempuan (MMP). 

“Bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), pelajar mempunyai opsyen untuk mengambil mata pelajaran Usul Al-Din, Al-Syariah, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Manhaj Al-Ulum Al-Islamiah, dan Al-Adab Wa Al-Balaghah kerana mengikuti Kurikulum Bersepadu Dini,” katanya.

Beliau juga berharap semua calon dapat menduduki peperiksaan dengan baik dan meraih keputusan yang cemerlang berdasar persiapan rapi sebelum ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook