Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

621 MASJID SELURUH KELANTAN TERIMA SUMBANGAN IHYA' RAMADAN DARIPADA MAIK
utama

621 MASJID SELURUH KELANTAN TERIMA SUMBANGAN IHYA' RAMADAN DARIPADA MAIK

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 30 Januari - Sebanyak 621 buah masjid di seluruh Negeri Kelantan menerima sumbangan dana sebanyak RM670 ribu daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk melaksanakan program dan aktiviti Ihya' Ramadan pada tahun ini.

Yang Dipertua MAIK, YBM Tengku Tan Sri Dato' Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, sumbangan tersebut bagi memastikan aktiviti Ihya' Ramadan pada tahun ini berlangsung dalam suasana yang baik.

"Bagi memastikan aktiviti Ihya' Ramadan pada tahun ini berlangsung dalam suasana yang terbaik, pihak MAIK akan menyalurkan sumbangan Ihya' Ramadan sebanyak RM670 ribu kepada 621 masjid seluruh Negeri Kelantan pada tahun ini.

"Sumbangan ini diharap dapat membantu pihak masjid menjayakan aktiviti dan program yang bermanfaat kepada jemaah dengan memanfaatkan peluang untuk beribadah pada bulan yang mulia ini".

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat Yang Dipertua MAIK bersama pegawai masjid seluruh Kelantan di sebuah hotel, di Kota Bharu pada Selasa.

YBM Tengku Tan Sri Dato' Tengku Mohamad Rizam turut berpesan agar program Ihya' Ramadan yang dirancang pada tahun ini mestilah mencakupi aspek pembangunan ruh insaniah dalam diri muslim supaya di akhir Ramadan nanti lahirnya hamba-hamba Allah yang bertakwa sebagaimana matlamat berpuasa

"Marilah sama-sama kita beriltizam untuk mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadah, menambah keikhlasan dalam beribadah serta merefleksi diri dengan bermuhasabah untuk menjadi hamba yang lebih taat kepada perintah Nya.

"Gunalah peluang pada Ramadan kali ini untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid melalui penganjuran program Ihya' Ramadan yang berkesan dan berimpak" ujarnya.

YBM Tengku Temenggong juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim yang bersungguh-sungguh membantu MAIK dalam usaha promosi aktiviti kutipan dan agihan zakat.

"Hasil usaha bersama dapat kita kumpulkan dana zakat bagi tujuan agihan dan bantuan kepada asnaf yang memerlukan", tambahnya.

Jelas beliau lagi, pegawai masjid juga turut membantu dalam hal ehwal wakaf dan baitulmal dengan membuat potongan gaji bulanan untuk menyumbang kepada dana awam baitulmal.

Hadir sama Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YB Sahibu Samahah Dato' Kaya Perba, Dato'Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Yang Amat Arif, Dato' Ibrahim Deris, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan YDP MAIK, Dato' Mohd Anis Hussein, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Zulkifli Abdul Rahman, Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Mohd Hana Pizi Abdullah dan Setiausaha MAIK, Muhamad Rasani Ramli.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook