Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ada menteri tidak endah hak umat Islam
utama

Ada menteri tidak endah hak umat Islam



Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

MENTERI disaran supaya sifar kes kemalangan jalan raya berpunca pemandu mabuk.

Sebaliknya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilapor menyarankan Pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan dasar “ status quo” penjualan minuman keras di premis perniagaan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam

Alasan itu kononnya untuk menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

Itulah cara pemimpin DAP menuntut ‘hak asasi manusia’ tanpa mengendahkan hak umat Islam, malah beliau tidak faham fasal 3 dan sensitiviti penduduk majoriti penganut agama Islam di negara ini.

Kronologi naratif Nga Kor Ming selaku menteri persekutuan mencetus beberapa isu nasional apabila Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Islam (MPKB-BRI) mengenakan kompaun kepada peniaga wanita Cina yang berpakaian seluar pendek. 



Ternyata titik merah dilanggari menteri dari DAP kerana mencampuri urusan MPKB-BRI. 

Pemimpin sama juga memberi justifikasi secara salah acara sambutan Krismas di lobi kementerian KPKT pada 25 Disember lepas.

Sedangkan tempat rasmi milik agensi kerajaan tidak boleh menguar-uarkan agama lain di bawah fasal 11(4) dan dana awam untuk aktiviti seumpamanya.

Selain rasis dalam politik kepartian serta tiada atribut tanggungjawab sebagai pemimpin negara yang dibiayai dana awam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam terutama kes kemalangan jalan raya sifar dan hukuman lebih komparatif yang berpunca pemandu mabuk.



Dari sudut legislatif dan judisiari pihak kementerian hanya menyelaras dana, fasiliti dan penjawat atau pekerja sahaja di mana-mana kerajaan tempatan termasuk majlis perbandaran dan majlis daerah, di samping terhad pada cadangan kerana pelaksanaan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri DAP turut membantah cadangan Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengehadkan jualan arak di kawasan majoriti Muslim seperti dihasratkan oleh Datuk Bandar Ipoh. 

Manakala ahli majlis kerajaan negeri (EXCO) Perak akan membawa isu dan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat EXCO kerana pembinaan polisi dan dasar bawah bidang kuasa negeri.

Tambahan Islam terletak di bawah fasal 3 Perlembagaan Persekutuan dan bidang kuasa negeri di bawah sultan atau raja negeri masing-masing. Persekutuan tidak berhak mencampuri atas pelaksanaan polisi kerajaan tempatan termasuk tanggungjawab melarang atau mengehadkan penjualan arak terutama di kawasan majoriti muslim.



Dengan merujuk keputusan mahkamah Rayuan 2013 bahawa pentakrifannya menjadi tanggungjawab Persekutuan meski pun Islam di bawah negeri melalui agensi yang menjadi cabang mahkamah atau apa-apa institut lain membenarkan pemartabatan Islam di seluruh negara selagi tidak mendiskrimknasi non-muslim.

Malaysia dilihat unik bukan atas pelbagai kaum, budaya, warna kulit dan bahasa termasuk puluhan multi dialek dan loghat kawasan tetapi aspek perundangan juga dikesan campuran sekular dan Islam. 

Secara holistik perundangan terarah pada sekularisme tetapi tidak sekularisme tulen kerana terdapat peruntukan guna pakai hukum-hukum Islam dalam sistem perundangannya.

Oleh itu, saf kepimpinan negara perlu pengukuhan perlembagaan dan perundangan di samping sejarah dan susur galur geopenduduk untuk mengekalkan status quo keharmonian dan keamanan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook