Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

AMANAT MB KELANTAN 2025: PEMERKASAAN PROGRAM SOSIAL DAN KEBAJIKAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI
utama

AMANAT MB KELANTAN 2025: PEMERKASAAN PROGRAM SOSIAL DAN KEBAJIKAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 2 Januari 2025 – Pemerkasaan program sosial dan kebajikan menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2025.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menegaskan, matlamat utama kerajaan negeri adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kebajikan yang lebih cekap, berkesan dan menyeluruh kepada rakyat menerusi program seperti Bantuan Rumah Dhuafa’, Skim Al-It’am, Al-Musa’adah, Bantuan Khas Al-Barakah dan pelbagai inisiatif kebajikan lain terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

Katanya, kerjasama antara Pusat Khidmat DUN, jabatan dan agensi di peringkat daerah akan diperkukuh bagi mencapai objektif tersebut.

“Saya menegaskan kepada semua Pusat Khidmat DUN agar kekal menjadi sebahagian daripada usaha besar ini. Pemantauan rapi dan laporan kemajuan secara berkala berpandukan Standard Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Khidmat DUN adalah untuk memastikan keberkesanan program.

“Jangan sekali-kali kita alpa atau mengambil ringan tanggungjawab ini, kerana kejayaan usaha ini adalah kejayaan kita bersama,” ujarnya dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 dan Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2025, di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau turut memberi penghargaan kepada Skuad Kita Cakna yang telah memainkan peranan penting dalam menjadi penggerak kebajikan dalam kalangan masyarakat.

“Tahniah kepada Skuad Kita Cakna yang telah berperanan sebagai penggerak kebajikan antara masyarakat dan Pusat Khidmat DUN sekali gus memperkukuhkan penyelarasan dan pengesanan keperluan kebajikan di peringkat komuniti,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook