Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Baik pulih rumah mangsa banjir siap sebelum Ramadan

Baik pulih rumah mangsa banjir siap sebelum Ramadan

 


SALMAH MAT HUSAIN

TUMPAT: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan turut berkongsi kesusahan bersama tiga penduduk yang mengalami kerosakan rumah akibat banjir Disember lepas. 

Pengerusi BBC Dato’ Abdul Rahman Yunus berkata, BBC mengambil langkah membaik pulih tiga rumah mangsa banjir terbabit.

Katanya, kerja-kerja membaik pulih rumah penduduk yang terlibat dijangka dapat disiapkan sebelum menjelang Ramadan.

“Senarai rumah tersebut dikemukakan Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM100,000.

“Rumah penduduk terbabit iaitu dua di Kampung Ju Bakar Pantai dan sebuah di Kampung Dalam Rhu dipilih daripada 16 rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini,” katanya selepas meninjau lokasi terjejas teruk akibat banjir di sini semalam.



Seramai 30 Adun di bawah BBC Kelantan turun padang meninjau lokasi banjir di Tumpat. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama di Kampung Dalam Rhu diketuai Adun Bukit Panau Dato’ Abdul Fattah Mahmood turut disertai lapan Adun.

Kumpulan kedua di Kampung Ju Bakar Pantai diketuai Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumboh. Dan kumpulan ketiga diketuai Adun Pulai Chondong Azhar Salleh.

Abdul Rahman juga berkata, BBC memastikan mangsa banjir dapat kembali ke rumah masing-masing sebelum Ramadan.

“Dana bagi kerja-kerja membaik pulih rumah mangsa banjir akan dikeluarkan oleh BBC sendiri, dengan mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak,” ujarnya. 



Sebelum ini kerajaan negeri menyatakan komitmen membina semula dan membaiki rumah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini dengan anggaran kos sebanyak RM3.88 juta.

Sebanyak sembilan rumah musnah sepenuhnya, dengan anggaran kerugian sebanyak RM728,000, manakala 151 rumah mengalami kerosakan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook