Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

CAKNA PALESTIN AGIHKAN BANTUAN PASCA BANJIR KEPADA 570 PELAJAR
utama

CAKNA PALESTIN AGIHKAN BANTUAN PASCA BANJIR KEPADA 570 PELAJAR

Oleh: Norzana Razaly

TANAH MERAH, 1 Januari - Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin) hari ini mengagihkan bantuan pasca banjir kepada 570 pelajar di dua buah sekolah di Pengkalan Kubor dan Tanah Merah.

Pengurus Cakna Palestin, Nurul Huda Mamat, memaklumkan bahawa bantuan berupa alat tulis tersebut telah ditaja oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) utama, iaitu Friends of Palestine, Hidayah Education & Charity, dan Muslim Professional Japan Association.

“Penyumbang utama projek ini adalah NGO Palestin yang diketuai oleh rakyat Palestin sendiri. Mereka menghulurkan bantuan ini atas dasar ingatan dan ukhuwah, dengan bertemakan One Heart, One Nation. Lebih RM13,000 telah dibelanjakan bagi menjayakan penyampaian bantuan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, semua pelajar yang menerima bantuan adalah mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda Pantai Timur pada awal Disember 2024. SMU(A) Maheliah di Pengkalan Kubor dan Sekolah Rendah Ugama Darul Ulum Diniah di Tanah Merah dipilih berdasarkan tahap kerosakan akibat banjir serta keprihatinan komuniti mereka terhadap isu Palestin.

“SMU (A) Maheliah terpilih kerana kawasan Pengkalan Kubor mengalami banjir yang sangat teruk tahun ini. Manakala, komuniti Sekolah Rendah Ugama Darul Ulum Diniah terkenal dengan kepedulian mereka terhadap perjuangan Palestin, menjadikannya pilihan utama untuk kami turun membantu,” jelas Nurul Huda.

Pengetua SMU(A) Maheliah, Ustaz Mohamad Yusuf menyatakan kekagumannya terhadap keprihatinan rakyat Palestin yang masih memikirkan keadaan rakyat Malaysia walaupun mereka sendiri sedang diuji dengan pelbagai cabaran.

“Ini adalah satu contoh ukhuwah Islamiah yang benar-benar terjalin antara rakyat Palestin dan Malaysia. Sumbangan ini pastinya memberikan semangat baharu kepada para pelajar yang terkesan dengan banjir,” ujarnya.

Terdahulu, pada awal Disember, Cakna Palestin turut mengagihkan 350 pek bantuan berupa makanan kering, beras, sabun, dan tuala kepada mangsa banjir di kawasan Wakaf Bharu, Rantau Panjang, Pasir Tumboh, Pulau Suri, dan Pasir Puteh.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook