Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DAP bimbang penyatuan ummah 2.0
utama

DAP bimbang penyatuan ummah 2.0


Oleh ARUS LEBIR

KERAJAAN Madani seperti membiarkan isu sensitif membelenggu umat Islam.  Lebih parah lagi agenda itu melibatkan pemimpin parti kompenan Pakatan Harapan (PH). 

Apakah sebelum ini ada nyanyian lagu Kristian sempena Krismas di premis kerajaan. Malangnya agenda itu berlaku di era Madani. Lalu disebut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mewajibkan kakitangannya menghadiri majlis sambutan Krismas baru-baru ini.

Biar pun alasan diberi individu yang terlibat dari Sabah dan Sarawak beragama Kristian, isunya mengapa dipilih premis kerajaan. Lebih parah lagi melibatkan anggota kabinet. 

Isu tersebut hadir ketika buku Becoming Hannah hangat menyentuh sensitiviti umat Islam. 


Kata Prof Emeritus Dr Ibrahim Shah, buku itu memberi bukti jelas Hannah Yeoh mengakui dirinya sebagai seorang pendakwah Kristian. Lebih kritikal lagi menggunakan kedudukan politik untuk berdakwah. 

Siapa Hannah Yeoh. Beliau ialah Menteri Belia dan Sukan era Madani. Hujah Dr Ibrahim lagi, secara terang-terangan Hannah menggunakan jawatan politik untuk memenuhi keinginannya untuk berdakwah (preach). 

“Ini bukan sekadar komunikasi spiritual, tetapi pendakwahan yang dirancang. Hannah menyatakan Tuhan mahu ‘mengambil semula’ politik dan perkhidmatan awam Malaysia untuk tujuan keadilan (righteousness’ sake),” katanya pada kenyataan seperti disiar laman berita. 

Banyak bukti lain Hannah merupakan pendakwah Kristian yang menggunakan kedudukan politik.


Gerakan Kristian

Ia seperti mengulangi era sebelum negara mencapai kemerdekaan. Penjajah datang bukan sekadar mencari rempah ratus di Tanah Melayu, sebaliknya merealisasikan dakyah. 

Penjajah Portugal, Belanda dan Inggeris menghantar paderi yang hebat ke Tanah Melayu, namun mereka gagal murtadkan orang Melayu.

Berbeza di Filipina dan Papua Indonesia. Portugis berjaya kristiankan ramai penduduk tempatan. 

Selepas lama isu kristianisasi tenggelam, tiba-tiba muncul semula di era Madani. Mengapa. 

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerbitkan sebuah buku ‘Pendedahan Agenda Kristian’. Agenda Kristianiasi dianggap mencemar ketetapan perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan.



Buku itu memaparkan Nasrani (Kristian) sentiasa berniat jahat serta memaparkan sikap negatif terhadap umat Islam. Nasrani pembawa berita pendustaan dan mereka sentiasa berusaha menyelewengkan fakta tentang kebenaran Islam. 

MAIS menjelaskan Nasrani berusaha sehabis mungkin menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan umat Islam. 

Oleh itu MAIS mengajak umat Islam bersikap tegas dan berhati-hati terhadap Nasrani (Kristian) serta tidak taat dan tidak menjadikan mereka sebagai pelindung, pemimpin dan penjaga. 

“Jika umat Islam alpa terhadap peranan hujah kebenaran dan ragu-ragu dengan Islam, mereka mudah terpengaruh dengan tipu daya Nasrani (Kristian).

“Umat Islam perlu menyedari agama Kristian adalah agama misionari, yang meletakkan statusnya sebagai agama ‘universal’. Ajarannya menetapkan bahawa agama itu mesti disebarkan ke seluruh manusia,” katanya. 

Tugas itu dikenali sebagai The Great Commission. Jesus Christ menyebut dalam Bible: “Therefore go and make disciples of all nations, baptizing them in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit” - (Matthew 28 : 19 New International Version).


Kerajaan membisu


Dr Afif Aizuddin Azlan dari UiTM berharap kerajaan tidak berdiam diri. Beliau mahu kerajaan bertindak tegas terhadap buku milik Menteri Belia dan Sukan tersebut.

“Hal ini berpotensi membentuk persepsi salah faham dalam kalangan orang ramai sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara dan mengundang fitnah akibat daripada isu sensitif,” katanya seperti dilapor media. 

Kini hanya penyatuan ummah sahaja yang mampu membendung agenda tersebut. Ini kerana Kerajaan Madani masih membisu.



Maka himpunan solidariti Najib Razak di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 6 Januari ini boleh menjadi titik mula kebangkitan semula ummah.

Ahli dan penyokong Umno tidak lagi mengharapkan Zahid Hamidi yang tenggelam dengan isu peribadi. Maka Najib boleh menjadi momentum menyatukan semula ummah.

Perkembangan tersebut jelas amat dibimbangi DAP. Ini dapat dilihat apabila pengerusi parti itu Lim Guan Eng menyifatkan himpunan 6 Januari ini boleh mengugatkan keutuhan kerajaan Madani. 



Benar. Guan Eng sudah dapat mengesan denyut nadi usia kerajaan Madani. Nampaknya semakin layu. Pemerhati politik tempatan Yusri Yusof yakin pengundi-pengundi yang ada teras agama akan menolak DAP pada PRU-16. 

Inilah bahaya yang sedang menanti PH. Sekiranya PKR dan Amanah masih ‘berselingkup’ politik dengan DAP, bahtera mereka juga akan hanyut. Umno hanya akan selamat sekiranya team Najib mampu singkirkan Zahid.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook