Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DUA HOTEL TERIMA KEMBALI SPHM, SATU DALAM PROSES-EXCO AGAMA
utama

DUA HOTEL TERIMA KEMBALI SPHM, SATU DALAM PROSES-EXCO AGAMA


Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 29 Januari - Isu tiga buah hotel yang sebelum ini ditarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah selesai setelah permohonan mereka untuk mendapatkan SPHM diluluskan, kata Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud.

Kata YB Mohd Asri, baru-baru ini timbul isu penarikan balik SPHM terhadap tiga buah hotel iaitu Grand Renai, Grand River View (GRV) dan Hotel Crown Garden namun ia sudah selesai. 

"Isu ini telah pun selesai setelah mereka membuat permohonan semula untuk mendapatkan semula SPHM. Permohonan daripada dua hotel iaitu Grand Renai dan Crown Garden telah diluluskan dan telah mendapat semula SPHM, manakala hotel GRV dalam proses.

Kedua-dua hotel iaitu Grand Renai dan Crown Garden akan memiliki SPHM bermula bulan Februari ini sehingga 2027.

"Kelulusan terbaru itu diambil melalui keputusan mesyuarat panel Jawatankuasa Pensijilan Halal Negeri Kelantan bagi tahun 2025 yang telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 26 Januari 2025 yang lepas".

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian sambutan Iqamatu Solat sempena Sambutan Bulan Solat peringkat Negeri Kelantan di Dewan Besar Sultan Ismail Petra, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu, pada Selasa.

Jelas YB Mohd Asri lagi, tindakan menarik balik SPHM yang dibuat oleh Bahagian Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) adalah mengikut manual prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2020.

Menurutnya lagi, Bahagian Halal JAHEAIK juga mengambil beberapa langkah sebelum SPHM ditarik balik.

"Sebelum SPHM digantung dan ditarik balik, Bahagian Halal JAHEAIK akan mengeluarkan notis ketidakakuran dan amaran pembetulan kepada pemegang SPHM yang melakukan ketidakakuran seperti nama produk, maklumat pembungkusan, pengiklanan dan lain-lain tidak sama dengan maklumat yang dipersetujui dalam SPHM. Begitu juga apabila bahan mentah dicemari dengan najis tikus atau sebagainya, penggunaan gelas berlabelkan jenama minuman keras dan sebagainya. 

"Selepas itu barulah Bahagian Halal JAHEAIK membuat penggantungan SPHM ke atas pemegang SPHM yang melakukan ketidakakuran tersebut", ujarnya.

Tambah YB Mohd Asri lagi, status halal yang dibuat adalah untuk memberi keyakinan dan jaminan kepada pengguna bahawa satu-satu produk dan premis yang mempunyai SPHM ini adalah lebih diyakini tahap kebersihan dan kesucianya. Produk dan premis yang mempunyai SPHM juga akan sentiasa dipantau oleh Bahagian Halal JAHEAIK.

"Apabila dipantau, pemegang SPHM akan mematuhi semua perkara yang telah ditetapkan supaya produk dan premis sentiasa suci, bersih dan terbaik", tambah beliau.

Untuk rekod, setakat 28 Januari 2025 sebanyak 460 premis makanan di Kelantan sudah mempunyai SPHM. 410 daripadanya milik Muslim dan 50 milik bukan Muslim
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook