Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Hanya 3 peratus calon SPM YIK tidak hadir
utama

Hanya 3 peratus calon SPM YIK tidak hadir

 


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Hanya tiga peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sekolah di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) tidak menghadiri peperiksaan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, ketidakhadiran tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya berhenti sekolah, meninggal dunia dan masalah disiplin.

Bagaimanapun menurutnya, sekolah-sekolah di bawah YIK membuat persiapan terbaik bagi memastikan calon SPM hadir untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

“Alhamdulillah, semua calon berada dalam keadaan baik. Langkah berjaga-jaga juga diambil untuk memastikan kelancaran peperiksaan,” katanya di sini. 

Wan Roslan juga berkata, YIK memastikan sekolah-sekolah yang terkesan akibat banjir mengambil langkah awal bagi mengelakkan masalah kepada calon menduduki peperiksaan.

“Bagi calon SPM dari Maahad Muhammadi Rantau Panjang mereka ditempatkan di sekolah berdekatan.



"Kita berharap semua pelajar diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan," tambahnya.

Sementara itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek baru-baru ini dilapor berkata, peratusan kehadiran calon SPM 2024 mencecah 97 peratus.

Kata beliau kementerian masih dalam proses mengemas kini data memandangkan terdapat kira-kira 10,000 calon yang belum mengesahkan kehadiran.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook