Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KAUNTER U-KEKWA DI UTC KELANTAN INISIATIF PRIHATIN KERAJAAN UNTUK RAKYAT
utama

KAUNTER U-KEKWA DI UTC KELANTAN INISIATIF PRIHATIN KERAJAAN UNTUK RAKYAT

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 16 Januari – Orang ramai diseru memanfaatkan perkhidmatan Kaunter U-KeKWA yang beroperasi di Urban Transformation Centre (UTC) Kelantan bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan bantuan kebajikan. 

Terletak di Kaunter 10, Tingkat 2, Bahagian Agensi Kerajaan Negeri, kemudahan tersebut telah beroperasi sejak tahun 2016.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan YB Rohani Ibrahim berkata penubuhan kaunter berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri memperkasakan kebajikan masyarakat, termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Rohani Ibrahim

“Orang ramai digalakkan mengunjungi kaunter ini bagi mendapatkan maklumat atau menyelesaikan urusan berkaitan kebajikan dan keperluan komuniti.

“Kaunter ini memberikan maklumat lengkap mengenai skim dan bantuan di bawah U-KeKWA, termasuk panduan khas untuk golongan OKU. Malah, petugas kaunter yang juga seorang OKU fizikal, merupakan lambang komitmen kami terhadap inklusiviti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kaunter U-KeKWA yang beroperasi pada Ahad hingga Khamis pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang itu menyediakan  perkhidmatan menyalur informasi mengenai skim dan bantuan di bawah U-KeKWA, Khidmat berkaitan skim dan bantuan OKU, bantuan pendaftaran OKU dan borang untuk pelbagai aduan berkaitan OKU.

YB Rohani berharap dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan, Kaunter U-KeKWA terus menjadi platform penting bagi memastikan bantuan kebajikan sampai kepada golongan yang memerlukan.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook