Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN PENDUDUK LADANG TAKU, KAMPUNG ORANG ASLI KELUAT DAPAT PERHATIAN
utama

KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN PENDUDUK LADANG TAKU, KAMPUNG ORANG ASLI KELUAT DAPAT PERHATIAN

Oleh: Norzana Razaly

KUALA KRAI, 5 Januari – Komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kebajikan rakyat di kawasan pedalaman dan terjejas banjir sentiasa mendapat perhatian.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Guchil, YB Hilmi Abdullah mengetuai ekspedisi ke kampung Ladang Taku dan kampung orang asli Keluat, Guchil dalam misi menyampaikan bantuan kepada penduduk terjejas akibat banjir, pada Sabtu.

Program tersebut melibatkan kerjasama strategik antara Pusat Khidmat ADUN Guchil, Halwa N40 DUN Guchil, Pemuda Guchil, Taskforce Kuala Krai - Unit Bantu dan Penghulu Wakil Kaum.

YB Hilmi memaklumkan, kunjungan tersebut adalah yang pertama ke Kampung Keluat sejak banjir melanda, memandangkan laluan ke kampung itu terputus akibat jalan yang ditenggelami air sedalam lima meter.

Tambahan pula, feri penghubung tidak dapat beroperasi semasa paras Sungai Kelantan meningkat.

"Kampung Keluat ini mempunyai sejarah unik, masyarakat orang asli di sini telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan al-marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz sekitar tahun 1990-an," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semasa lawatan, YB Hilmi turut menerima permintaan penduduk untuk pembinaan surau baharu menggantikan surau lama yang musnah akibat banjir besar pada 2014.

Beliau memberi jaminan usaha berkenaan akan dipertimbangkan dan dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini.

"Insya-Allah, kita akan terus berusaha memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terjaga, termasuk pembinaan infrastruktur penting seperti surau untuk kegunaan penduduk," jelasnya.

Sebelum itu, beliau menyampaikan bantuan kepada 70 keluarga di Ladang Taku, yang merupakan salah satu ladang tertua di Kelantan. Ladang itu asalnya dibangunkan oleh Duff Development Ltd dengan tanaman getah, kini di bawah pengurusan KL Kepong.

"Keistimewaan penduduk di Ladang Taku yang bekerja estet dalam kalangan generasi lama dan muda ialah boleh bercakap tiga bahasa; Melayu, Tamil dan Hokien. Sekarang pun masih ada segelintir penduduk di situ yang fasih bertutur bahasa Melayu dan Tamil. Anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taku," jelasnya.

YB Hilmi turut merakamkan penghargaan kepada Penghulu Kumarasamy A/L Govindasamy dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Komuniti Masyarakat India Kuala Krai Mohd Jayamurugan Abdullah atas bantuan logistik dan pengagihan barang bantuan yang disumbangkan oleh IWK-KUM Cares kepada penduduk Ladang Taku dan komuniti orang asli di Kampung Keluat.

Suasana kampung Ladang Taku boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/eZGKHdTZwQY?si=iXqbdlgkVPZpFTQs&sfnsn=wa




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook