Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEBERSIHAN LUARAN CERMINAN KESUCIAN DALAMAN - DATO’ DR. MOHAMED FADZLI
utama

KEBERSIHAN LUARAN CERMINAN KESUCIAN DALAMAN - DATO’ DR. MOHAMED FADZLI

Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Oleh: Norzana Razaly
Kredit foto: Bepix

KOTA DARULNAIM, 13 Januari - Timbalan Menteri Besar YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan menegaskan bahawa kebersihan dalam Islam merangkumi aspek zahir dan batin, menjaga kebersihan luaran mencerminkan kesucian dalaman.

Katanya, Islam mengajar kita bahawa kebersihan bukan sahaja berkaitan dengan tubuh badan dan persekitaran tetapi juga jiwa dan hati yang bersih.

“Dalam usaha untuk merealisasikan nilai ini, Kerajaan Negeri telah melancarkan Kempen Kelantanku Bersih sebagai langkah proaktif ke arah menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup.

“Peruntukan sebanyak RM12 juta bagi tahun 2025 akan digunakan untuk mempergiatkan usaha kebersihan di seluruh negeri.

"Ini termasuk pendidikan awal tentang kebersihan, penguatkuasaan undang-undang dan kempen berterusan yang bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya kebersihan dalam kehidupan seharian,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2024 di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, pada Ahad.

Dalam  majlis itu juga beliau mengagihkan Bayaran Wang Perkhidmatan Kemajuan (ISF) Fasa 1 kepada seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan berjumlah RM3,334,577.45.

Untuk rekod, semua PBT berjaya mencapai status Bandar Mampan dan juga Bandar Bahagia bagi tahun 2024 dan empat PBT Kelantan telah berjaya menjulang anugerah berpresij peringkat nasional dan antarabangsa.

Antaranya, MPKB-BRI meraih 5 Bintang Anugerah Penarafan PBT Malaysia, Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran dan diiktiraf sebagai Bandar ke-16 Terbaik Asean dan ke-433 Bandar Terbaik Dunia Tahun 2024 selain Champion: Ease Of Doing Business daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Manakala Daerah Jeli pula mendapat 4 Bintang Anugerah Penarafan PBT Malaysia dan telah dinobatkan sebagai Bandar Ke-2 Paling Bahagia di Malaysia, penarafan Asean Clean Tourist Award 2024-2026.

Sementara Majlis Daerah Kuala Krai dan Majlis Daerah Tumpat turut telah mendapat 4 Bintang Anugerah Penarafan PBT Malaysia.

Turut dihargai, penglibatan PUSPANITA Kelantan bersama tujuh buah sekolah yang menjayakan kempen kitar semula kepada para pelajar di sekolah masing-masing. Mereka menerima Anugerah Khas di bawah Program Komuniti Amalan Hijau (PKAH) Kelantan.

Bermula tahun 2025 program PKAH diperluaskan kepada komuniti awam.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook