Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN KOMITED URUS SISA PEPEJAL, TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KETIGA DIBUKA
utama

KELANTAN KOMITED URUS SISA PEPEJAL, TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KETIGA DIBUKA

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 21 Januari – Kelantan komited memperkukuh keupayaannya dalam menangani cabaran pelupusan sisa pepejal secara sistematik, mampan dan mesra alam, sejajar dengan aspirasi negeri ke arah pembangunan lestari.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata Tapak Sampah (TP) Kok Bedollah di Pengkalan Nangka, Tumpat ialah pusat pelupusan sisa pepejal ketiga yang diuruskan oleh Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn. Bhd. (PSPM) melalui usahasama dengan Greenviro Solution Sdn. Bhd. (GSSB).

Beliau yang juga Pengerusi PSPM menjelaskan bahawa GSSB merupakan syarikat yang berpengalaman dalam pengurusan tapak pelupusan di Malaysia dan Brunei manakala PSPM ialah syarikat bersekutu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (KUM).

“PSPM bertanggungjawab mengurus tapak pelupusan terbesar di Kelantan merangkumi Tapak Pelupusan Beris Lalang (TPBL) yang diguna sama oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Bachok (MDB), Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan Majlis Daerah Ketereh (MDK). Secara puratanya penerimaan sisa pepejal harian di TPBL ialah sebanyak 350 tan sehari.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah

“Sebuah lagi ialah tapak pelupusan Bukit Che Ros, Tanah Merah yang menerima sampah daripada Majlis Daerah Tanah Merah dan Majlis Daerah Machang,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan TP Kok Bedollah di antara KUM, MDT dan PSPM di sebuah hotel, hari ini.

Perjanjian tersebut dimeterai oleh Pengurus Besar KUM Dr Mohd Roshdi Hassan dengan Yang Dipertua MDT Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin. Turut hadir menyaksikannya, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PSPM Amir Asri Abdul Salam memaklumkan bahawa pihaknya cuba memanjangkan hayat TP Kok Bedolah agar pihak MDT tidak perlu mencari tapak pelupusan lain untuk menerima 82 tan sampah sehari yang datang dari jajahan Tumpat sahaja tidak termasuk musim perayaan dan pasca banjir.

“Perjanjian kita dengan MDT ialah 21 tahun dan diperbaharui setiap 5 tahun. Kita cuba untuk mengelakkan MDT membuka tapak baharu kerana kosnya tinggi. Kita juga sedaya upaya berusaha mengurangkan sisa pepejal yang ada untuk mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Pada musim banjir Disember 2024, kita menerima 300 tan sehari sampah pasca banjir selama 20 hari,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook