Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN-KPKM BERKERJASAMA  LAKSANAKAN 11 PROJEK BERNILAI RM8.174 JUTA
utama

KELANTAN-KPKM BERKERJASAMA LAKSANAKAN 11 PROJEK BERNILAI RM8.174 JUTA

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail

Oleh: Norzana Razaly 

KOTA BHARU, 13 Januari – Dalam usaha memperkukuhkan sektor pertanian ke arah Baloh Makanan Negara, Kerajaan Negeri Kelantan menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) membabitkan pelaksanaan 11 projek bernilai RM8.174 juta.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan bahawa sinergi tersebut dijangka melonjakkan produktiviti dan pendapatan petani serta penternak di negeri ini.

"Projek-projek yang dilaksanakan di bawah kerjasama ini meliputi pelbagai aspek dalam sektor pertanian, antaranya pembangunan infrastruktur pengairan, pembinaan reban ayam automatik, akuakultur ikan air tawar dan program keterjaminan pengeluaran oleh penternak akuakultur,

Di samping projek penanaman bawang secara komersial, program mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar, dan projek komuniti usahawan tani ternakan ayam penelur juga berjaya dilaksanakan.

"Selain itu, projek pembangunan mampan dan penyelidikan Wagyu Malaysia serta projek menaik taraf pusat pemprosesan media tanaman sabut kelapa turut dilaksanakan bagi mempelbagaikan hasil pertanian dan meningkatkan nilai tambah produk," jelasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama itu merupakan satu langkah proaktif kerajaan negeri dalam merealisasikan aspirasi Kelantan sebagai baloh atau jelapang makanan negara.

“Pelaksanaan projek-projek ini dapat meningkatkan pendapatan petani dan penternak dan menjamin bekalan makanan segar dan berkualiti tinggi kepada rakyat,” katanya di Majlis Taujihat Pertanian sempena Tahun Baharu 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri turut memohon peruntukan lebih RM650 juta daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membiayai pelaksanaan 109 projek pertanian yang lain.

“Dengan sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan, kita yakin sektor pertanian Kelantan akan terus berkembang pesat dan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri,” ujarnya.

Majlis kelolaan Unit Perancang Ekonomi Kelantan (UPEN) itu dihadiri lebih 30 agensi portfolio berkaitan.

Turut hadir, Timbalan exco YB Dato' Shaari Hussain.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook