Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN PERKUKUH PROMOSI PRODUK PELANCONGAN TEMPATAN MELALUI ATF 2025
utama

KELANTAN PERKUKUH PROMOSI PRODUK PELANCONGAN TEMPATAN MELALUI ATF 2025

Oleh: Norzana Razaly

JOHOR BAHRU, 17 Januari – Kelantan mengambil langkah proaktif mempromosi produk seni budaya dan keunikan khazanah alam tempatan di peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025.

Program tersebut berlangsung dari 15 hingga 20 Januari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, program pelancongan berprestij itu menjadi platform penting untuk mempamerkan keindahan serta potensi negeri tersebut kepada delegasi ASEAN dan antarabangsa.

“Penyertaan ini membuka peluang kepada delegasi luar untuk memahami dengan lebih dekat seni budaya, warisan tradisional, dan kekayaan ekopelancongan Kelantan.

"Kita berharap inisiatif yang diusahakan ini dapat menarik lebih banyak minat serta kerjasama strategik dalam industri pelancongan,” katanya, ketika dihubungi, hari ini.

ATF 2025 yang bertemakan “Stronger Together” menghimpun pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggiat industri, pelabur dan wakil kerajaan dari negara-negara ASEAN. 

Objektifnya ialah untuk memperkukuh kerjasama serantau dengan mempromosikan destinasi baharu dan meningkatkan potensi pelaburan dalam sektor pelancongan.

Menurutnya lagi, Kelantan mendapat perhatian daripada negara-negara luar ASEAN seperti Poland, Uzbekistan, dan Kazakhstan, yang menunjuk minat terhadap produk pelancongan negeri ini. 

Mengulas lanjut, Datuk Kamarudin yakin Kelantan dijangka meraih manfaat besar daripada penyertaan itu termasuk peluang untuk membina rangkaian dengan pemain industri antarabangsa.

Beliau juga berbangga apabila Kelantan turut  menjadi tarikan utama di ATF 2025.

Peserta aktif bertanya tentang lokasi ikonik seperti Gunung Reng, Gua Ikan, Air Terjun Jelawang dan Kampung Kraftangan serta Gelanggang Seni yang menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keindahan semula jadi dan pengalaman budaya autentik.

Oleh itu, beliau optimis usaha memperkasa sektor pelancongan melalui platform antarabangsa seperti ATF akan membawa impak besar, menjadikan Kelantan antara destinasi yang semakin relevan dalam peta pelancongan global.

"Penyertaan dalam program seperti ATF 2025 diharap dapat memperkukuh jenama Kelantan sebagai destinasi pelancongan pilihan di Malaysia dan rantau ini.

"Melalui usaha ini, Kelantan mampu menonjolkan potensi uniknya sambil menarik pelaburan dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan sokongan. Termasuk juga menjana manfaat ekonomi jangka panjang untuk rakyat," jelasnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook