Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN PROAKTIF BINA SEMULA KEHIDUPAN RAKYAT PASCA BANJIR
utama

KELANTAN PROAKTIF BINA SEMULA KEHIDUPAN RAKYAT PASCA BANJIR


Oleh: Norzana Razaly

TUMPAT, 9 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan proaktif membina semula kehidupan masyarakat pasca bencana alam di Kelantan melalui usaha sama bersepadu pelbagai pihak.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata kerajaan negeri terus komited memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat pasca banjir dengan menggiatkan usaha pemantauan bersama pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, pendekatan bersepadu dilaksanakan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Negeri Kelantan bagi menyediakan Pusat Operasi Water, Sanitation & Hygiene (WASH) yang dikendalikan oleh PBSMM di Masjid Takwa (lama), Simpangan, Tumpat.


Beliau meninjau pusat sistem WASH yang menggunakan teknologi penapisan air terkini untuk menukarkan air mentah menjadi air bersih yang sesuai digunakan bagi keperluan harian seperti memasak dan minum, pada Rabu.

“Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif PBSMM untuk memastikan komuniti yang terjejas akibat banjir mendapat bekalan air bersih sepanjang tempoh pemulihan. Ia juga berperanan penting mencegah penyebaran penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan kolera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Team eWASH (Squad Rawatan Air dan Bekalan Air Bersih PBSMM) yang telah bertungkus-lumus selama 20 hari sejak 21 Disember lalu menjalankan operasi penyediaan air bersih untuk penduduk Kampung Simpangan, salah satu kawasan paling terjejas banjir.


Bekalan air bersih itu akan terus diagihkan ke tangki Kampung Tualang dan Kampung Sungai Gali untuk kegunaan penduduk di situ.

Dato’ Wan Roslan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor berharap program seumpama itu dapat diteruskan dengan dokongan erat di antara PBSMM dan komuniti setempat, demi memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik untuk mangsa banjir.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook