Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN SENTIASA AMBIL PEDULI KEBAJIKAN ORANG ASLI – YB ZAMAKHSHARI
utama

KELANTAN SENTIASA AMBIL PEDULI KEBAJIKAN ORANG ASLI – YB ZAMAKHSHARI

Oleh: Asri Hamat 

GUA MUSANG, 6 Januari - Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa prihatin dan ambil peduli kebajikan masyarakat orang asli di negeri ini.

Terbaharu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad telah menyantuni masyarakat orang asli di Pos Hendrop, Gua Musang pada Ahad.

YB Zamakhshari berkata, kedatangannya ke Pos Hendrop adalah untuk bersua muka dengan masyarakat orang asli di sana.

"Kedatangan saya ke sini adalah untuk mendekati dan mendengar isu dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Dengan cara ini kita akan dapat tengok dan  mengenal pasti isu dan permasalahan yang mereka hadapi untuk mengambil langkah yang sewajarnya.

"Kunjungan ini juga merupakan satu usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat orang asli serta memastikan mereka diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya agar kebajikan mereka terbela".

Beliau berkata demikian menerusi catatan di media sosial miliknya selepas mengadakan kunjungan ke atas masyarakat orang asli di Pos Hendrop, Gua Musang pada Ahad.

Hadir sama, Penyelia DUN Galas Mohd Tarmizi Abd Rahman.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook