Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELULUSAN DANA SEGERA ATASI MASALAH AIR BERTAKUNG DI SAWAH JELOR
utama

KELULUSAN DANA SEGERA ATASI MASALAH AIR BERTAKUNG DI SAWAH JELOR

Oleh: Asri Hamat

PASIR PUTIH, 22 Januari – Masalah air bertakung yang mengancam kawasan sawah padi di Jelor, akibat sistem perparitan dan saliran yang tersumbat mendapat perhatian segera daripada Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Beliau meluluskan peruntukan segera sebanyak RM3,000 untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit di kawasan terjejas.

“Kita telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM3,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan parit yang tersumbat.

"Insha Allah, kita juga akan merangka tindakan susulan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan, IADA Kemasin Semerak, serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk membina infrastruktur yang sesuai bagi menyelesaikan masalah air bertakung ini.

"Semoga usaha ini dapat memulihkan kawasan sawah padi dan meningkatkan hasil pertanian pesawah di sini," katanya menerusi satu catatan di media sosial miliknya, hari ini.

Menurut beliau lagi, masalah tersebut melibatkan kira-kira 50 pesawah dengan sawah seluas 400 ekar yang terjejas akibat lebihan air bertakung.

Terdahulu, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin turut melakukan tinjauan bersama penghulu kawasan dan pesawah di Jelor untuk menilai keadaan sawah yang terjejas.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook