Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN KELANTAN KOMITED PERKUKUH PEMBANGUNAN DI BACHOK
utama

KERAJAAN KELANTAN KOMITED PERKUKUH PEMBANGUNAN DI BACHOK

Oleh: Norzana Razaly

Kredit foto: Media Menteri Besar

BACHOK, 23 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memastikan pelaksanaan setiap projek pembangunan memberi impak positif kepada rakyat, memperkukuh sektor ekonomi, sosial, dan infrastruktur negeri. 

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengadakan lawatan kerja ke jajahan Bachok, hari ini

Lawatan tersebut turut melibatkan sesi taklimat pembangunan jajahan yang disampaikan oleh Ketua Jajahan Bachok, Shamsul Abu Bakar, di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ahli Parlimen Bachok, YB Mohd Syahir Che Sulaiman, Ahli Dewan Negeri (ADN) Jelawat, YB Zameri Mat Nawang, ADN Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, ADN Tawang YB Harun Ismail dan Ahli Dewan Negara YB Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff.

Dalam kenyataan di media sosialnya, Dato’ Mohd Nassuruddin menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama erat dan kesungguhan pelbagai pihak yang terlibat, khususnya wakil rakyat, jabatan, dan agensi kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Saya amat menghargai kerjasama dan kesungguhan semua pihak, termasuk wakil rakyat, jabatan, dan agensi kerajaan, khususnya dalam Jajahan Bachok yang sentiasa berusaha menjayakan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat,” tulis beliau.

Beliau turut berharap usaha tersebut diberkati dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat, selaras dengan matlamat Kelantan untuk terus maju sebagai sebuah negeri sejahtera.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook