Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERJASAMA YIK-MAJLIS PIMPINAN ISLAM KEMBOJA BERJAYA, 119 PELAJAR MADRASAH AN-NI’MAH DUDUKI SMU
utama

KERJASAMA YIK-MAJLIS PIMPINAN ISLAM KEMBOJA BERJAYA, 119 PELAJAR MADRASAH AN-NI’MAH DUDUKI SMU

Kredit foto: Media FB Dato' Wan Roslan Wan Hamat

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Kerjasama erat antara Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja membuahkan hasil apabila seramai 119 pelajar Madrasah An-Ni’mah Al-Islamiyyah Al-Thanawiyyah, Phnom Penh, berjaya menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) tahun ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital, dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pencapaian tersebut adalah kesinambungan daripada idea yang diilhamkan oleh almarhum Tuan Guru Tan Sri Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2001, untuk memperkukuhkan pendidikan Islam di Kemboja.

“Kerjasama ini membolehkan YIK dan Majlis Pimpinan Umat Islam Kemboja melaksanakan peperiksaan SMU di sana.

“Hasilnya, ramai asatizah berjaya dilahirkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat Islam di negara itu, sekali gus menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam yang lebih menyeluruh,” katanya menerusi catatan di media sosial, pada Ahad.

Dato’ Wan Roslan bersama rombongan, termasuk Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK Sukeri Husin, Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan YIK Anuar Rashid telah melawat Madrasah An-Ni’mah Al-Islamiyyah Al-Thanawiyyah untuk menyuntik semangat kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SMU.

Beliau menegaskan bahawa usaha gigih itu memberi impak besar kepada pelajar dan institusi pendidikan di Kemboja dan memperkukuh hubungan pendidikan di antara kedua-dua negara.

“Semoga para pelajar ini berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan Islam yang lebih gemilang pada masa depan,” ujanya.







MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook