Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MACHANG BERPOTENSI JADI PUSAT PEMBIAKAN BAKA KUDA BERKUALITI TINGGI
utama

MACHANG BERPOTENSI JADI PUSAT PEMBIAKAN BAKA KUDA BERKUALITI TINGGI

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 19 Januari – Industri penternakan kuda di Kelantan terus berkembang pesat dengan Machang kini berpotensi menjadi hab pembiakan baka kuda berkualiti tinggi, berikutan sokongan kerajaan negeri dan minat pelabur swasta terhadap sektor ini.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata Kelantan semakin dikenali sebagai pusat penting dalam industri berkuda, terutama dengan pelbagai aktiviti berkaitan kuda yang menarik minat peminat sukan dan rekreasi berkuda.

“Pelbagai aktiviti seperti menunggang, latihan, dan pameran kuda yang diadakan bukan sahaja menarik perhatian ramai, tetapi turut membuka peluang ekonomi baharu, terutama dalam sektor agro pelancongan,” katanya menerusi catatan di media sosial, pada Jumaat.

Terdahulu, beliau bersama Ahli Dewan Negeri Kemuning YB Zakhran Mat Noor dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Yahasmida Yaacob mengadakan lawatan kerja ke SubDepo Arabian Park di Machang untuk meninjau potensi kawasan tersebut sebagai pusat pembiakan kuda.

Menurut Dato' Tuan Mohd Saripudin, SubDepo Arabian Park kini menempatkan sekitar 40 ekor kuda dari baka berkualiti tinggi.

“Saya amat bangga dengan usaha masyarakat tempatan, khususnya di Machang, yang berjaya membangunkan pusat pembiakan kuda berkualiti.

“Diharapkan Kelantan, dengan kehebatan penternaknya akan terus dikenali sebagai pengeluar kuda berkualiti tinggi dan menjadi rujukan dalam industri ini,” ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook