Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMBUKAAN BANDAR BAHARU MAMPU TINGKATKAN SOSIO EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT
utama

PEMBUKAAN BANDAR BAHARU MAMPU TINGKATKAN SOSIO EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT

Oleh: Asri Hamat 

BACHOK, 23 Januari- Pembukaan bandar-bandar baharu yang terancang dan tersusun akan meningkatkan sosio ekonomi dan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Katanya, pembangunan tersebut mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat apabila wujudnya peluang pekerjaan baru, pemerkasaan aktiviti perniagaan dan peningkatan daya saing ekonomi setempat.

"Inisiatif pembukaan bandar-bandar baharu seperti  Bandar Baru Jelawat ini juga akan memberi impak yang positif terhadap kesejahteraan rakyat melalui penyediaan infrastruktur moden, kemudahan awam yang lebih baik. Ini merupakan satu cara untuk meningkat taraf hidup rakyat.

"Namun apa yang lebih utama, hal ehwal  perbandaran mestilah diurus dengan baik dan sistematik serta efisien agar sesuatu bandar itu menjadi contoh kepada bandar-bandar lain".

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Perasmian Bandar Baru Jelawat, di perkarangan Pasar Bandar Baru Jelawat, hari ini.

Tambahnya, mewujud dan membangunkan sesebuah bandar merupakan satu keperluan bagi pertumbuhan ekonomi setempat, kerana bandar menjadi tumpuan penduduk, aktiviti ekonomi dan pelbagai sektor perkhidmatan, namun ia perlu seimbang dari segi keperluan rohani dan jasmani.

"Kita tidak mahu pembangunan hanya bersifat kebendaan semata-mata dengan membangunkan bangunan yang gah tetapi gagal mewujudkan dan menyediakan kesejahteraan yang menyeluruh kepada rakyat," jelasnya.

Mengulas kewujudan Bandar Baru Jelawat, Menteri Besar menerangkan bahawa ia mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosio ekonomi dan pusat pendidikan di Bachok.

"Dengan wujudnya Bandar Baru Jelawat ini, saya berharap ia mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosio ekonomi di Bachok ini dan menjadi contoh sebagai sebuah jajahan yang berdaya maju dan makmur serta seiring dengan hala tuju kerajaan negeri untuk merealisasikan Kelantan Sejahtera 2033.

"Kewujudan Bandar Baru Jelawat juga membolehkan Bachok berkembang sebagai Pusat Pendidikan dengan adanya beberapa kampus Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pusat Pengajian Pondok yang berpotensi berkembang menjadi pondok antarabangsa," ujarnya.

Dalam majlis tersebut juga, beliau turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 50 penduduk di jajahan Bachok.

"Tahniah diucapkan kepada 50 penerima geran hak milik tanah. Ingatlah bahawa ia merupakan satu amanah, manfaatkanlah sebaik-baiknya untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat sebagai tanda syukur kepada Allah SWT," pesannya.

Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, YB Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah.

Diiringi, Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI) Shamsul Abu Bakar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Jelawat, YB Zameri Mat Nawang, ADN Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, ADN Tawang YB Harun Ismail dan Ketua Whip (MDB-BPI) Muslim Che Yusuff.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook