Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENERIMA PPR GUAL IPOH DISERU HARGAI KEMUDAHAN, JAGA KEHARMONIAN KOMUNITI
utama

PENERIMA PPR GUAL IPOH DISERU HARGAI KEMUDAHAN, JAGA KEHARMONIAN KOMUNITI

Oleh: Norzana Razaly

TANAH MERAH, 22 Januari – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan YB Hilmi Abdullah menasihati 104 penerima Fasa 1 Perumahan Rakyat (PPR) Gual Ipoh agar menghargai pemberian rumah tersebut dengan membayar sewa bulanan secara teratur.

“Binalah komuniti kejiranan yang harmoni. Setiap penghuni perlu memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan PPR ini sentiasa terjaga agar semua dapat hidup dengan sejahtera,” pesannya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran PPR Gual Ipoh, di sini, pada Isnin.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Datuk Aiman Athirah Sabu. Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Gual Ipoh, YB Bahari Mohamad Nor.

Menurut YB Hilmi, projek PPR Gual Ipoh yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM80 juta telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan siap sepenuhnya pada 14 April 2021.

“Projek ini melibatkan pembinaan 400 unit rumah kluster setingkat, termasuk empat unit yang direka khas bagi memenuhi keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain itu, PPR ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti surau, tadika, dan lima unit gerai,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa cabutan undi dan penyerahan kunci unit rumah dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2025. Sewaan skim Rent-to-Own (RTO) pula akan bermula pada 1 Mac 2025.

“PPR Gual Ipoh yang dibangunkan di atas tanah seluas 15.47 hektar itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, dapat memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik,” jelasnya, ketika dihubungi, hari ini.




MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook