Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENGELUARAN KERETA ELEKTRIK  LANGKAH TEPAT KURANGKAN RISIKO PENCEMARAN ALAM SEKITAR
utama

PENGELUARAN KERETA ELEKTRIK LANGKAH TEPAT KURANGKAN RISIKO PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 22 Januari- Langkah Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) memperkenalkan kereta elektrik "electric vehicle" (EV) merupakan tindakan tepat dalam usaha mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan api seperti petrol dan diesel, kata Speaker Dewan Negeri Kelantan, YB Dato' Sri Amar D'Raja, Dr. Mohd Amar Abdullah.

Menurutnya, inisiatif proton memperkenalkan kereta elektrik (EV) tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam dunia moden hari ini.

"Kalau kita lihat, dunia hari ini menghadapi masalah pencemaran alam sekitar disebabkan oleh asap, pembuangan sisa plastik dan sebagainya.

"Jadi hari ini apabila syarikat Proton mengeluarkan kereta elektrik, ia merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran udara yang memberi kesan besar kepada alam sekitar."

Beliau berkata demikian ketika merasmikan ruang  pameran kereta elektrik E-MAS7 di JM Otomobil Sdn Bhd, Wakaf Siku, Kota Bharu pada Selasa.

Dato' Mohd Amar berharap, kereta elektrik itu berkembang pesat bagi menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar yang dihasilkan oleh minyak diesel dan petrol.

"Kalau kereta elektrik ini berjaya, mungkin suatu masa nanti tidak akan berbangkit lagi isu pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh asap dan sebagainya," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian.

Mengulas mengenai penerimaan pengguna terhadap kereta elektrik berkenaan, beliau yakin bahawa  kereta tersebut akan mendapat sambutan pada masa akan datang, walaupun pada peringkat awal mungkin akan timbul keraguan dan tanda tanya dalam kalangan pengguna.

"Sama seperti kereta automatik pada suatu masa dahulu, apabila ia baharu diperkenalkan ada yang ragu-ragu dan tertanya-tanya kerana ia baharu dikeluarkan. Tapi hari ini, kereta automatik sudah boleh diterima oleh masyarakat dan jarang kita boleh lihat orang menggunakan kereta manual.

"Begitu juga dengan kereta elektrik ini, saya berharap rakyat lebih terbuka untuk menerima kehadirannya.

"Mungkin di peringkat awal ada isu seperti kereta automatik kerana ia baru timbul, tapi sekarang alhamdulillah hampir semua orang guna kereta automatik.

"Jadi kita berharap kereta elektrik pun boleh diterima pada suatu masa nanti dan sudah tidak ada lagi kereta yang menggunakan petrol dan diesel pada masa itu," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah pula berkata, tempahan terhadap kereta elektrik melebihi sasaran sejak ia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim, pada 16 Disember lalu.

"Pada awalnya syarikat mensasarkan tempahan sebanyak 3000 unit sahaja bagi tempoh enam bulan selepas dilancarkan, namun permintaan melebih sasaran. Malah ia dicapai dalam masa kurang daripada satu bulan.

"Dari segi keselamatan pula, kereta elektrik ini adalah yang terbaik dan mendapat markah tertinggi di ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP).

"Kereta ini juga mempunyai tempat duduk yang selesa dan tempat letak barang yang luas," jelasnya.

Kereta elektrik Proton E-MAS7 dikeluarkan dalam dua variasi iaitu prima dengan harga permulaan RM109, 800 dan premium dengan harga permulaan RM123,800.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Bahagian Perlesenan dan Pendaftaran Kereta Motor Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Azmi Daud dan Pemilik JM Otomobil Sdn Bhd, Mejar (B) Basri Mat dan Shereena Ismail.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook