Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENIAGA DI TEPI JALAN, RUMAH TIDAK DIWAJIBKAN ADA SIJIL HALAL
utama

PENIAGA DI TEPI JALAN, RUMAH TIDAK DIWAJIBKAN ADA SIJIL HALAL

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Kerajaan Negeri Kelantan tidak mewajibkan peniaga kecil di tepi jalan atau rumah untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkata syarat itu hanya dikenakan kepada tujuh kategori premis perniagaan yang beroperasi pada skala besar, seperti restoran di pasar raya, kios di lapangan terbang dan restoran berantai.

“Kerajaan tidak mewajibkan peniaga kecil seperti peniaga air batu atau pisang goreng di tepi jalan mengambil SPHM.

"Namun, kita menggalakkan mereka berbuat demikian bagi meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kebersihan dan kesucian produk mereka.

“Isu ini timbul kerana terdapat salah faham dan kenyataan sebenar diputar belit hingga kelihatan seolah-olah semua peniaga diwajibkan memohon sijil halal,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan bahawa antara premis yang diwajibkan mendapatkan SPHM ialah restoran, kios, dan medan selera dalam pasar raya.

Termasuklah restoran berantai yang mempunyai lebih daripada satu cawangan, restoran makanan segera dan dapur hotel.

Begitu juga kedai kek dan roti, kilang memproses makanan dan minuman serta pusat penyembelihan ayam.

YB Hilmi menegaskan bahawa premis-premis tersebut beroperasi pada skala besar dan memberi kesan langsung terhadap persepsi industri halal di Kelantan.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud pula menolak dakwaan bahawa pelaksanaan syarat tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.

“Syarat ini bukan langkah tergesa-gesa. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) melalui Jabatan Halal telah mengadakan kursus dan taklimat kepada usahawan yang berminat mendapatkan sijil halal.

“Mesyuarat Majlis Pembangunan Halal Kebangsaan juga bersetuju untuk menyeragamkan pensijilan halal di seluruh negara.

"Negeri Kelantan akan menubuhkan Majlis Pembangunan Halal untuk memperkukuh industri halal di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sijil halal bukan hanya memberi manfaat kepada umat Islam, tetapi juga kepada semua pihak atas dasar kebersihan dan kualiti.

“Bahkan, di negeri seperti Sarawak, zon halal telah diwujudkan bagi memartabatkan industri halal. Kelantan yang mempunyai 96 peratus penduduk beragama Islam amat wajar mengutamakan pensijilan halal ini,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook