Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENJAWAT AWAM PENGGERAK UTAMA PENTADBIRAN KERAJAAN - DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN
utama

PENJAWAT AWAM PENGGERAK UTAMA PENTADBIRAN KERAJAAN - DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 2 Januari- Penjawat awam merupakan nadi penggerak utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Muhammad berkata kecekapan, dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh penjawat awam menjadi asas keberhasilan pada hari ini.

"Sebagai penjawat awam, kita semua adalah nadi penggerak utama kepada  pentadbiran kerajaan negeri. Kita bukan sahaja bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, tetapi juga bertindak sebagai ejen perubahan bagi memastikan Kelantan terus berada di landasan pembangunan yang mampan."

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat Tahun Baharu dan Himpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2025, di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau juga menyeru penjawat awam supaya sentiasa mengukuhkan azam dan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan menjunjung nilai integeriti, profesionalisme dan akauntabiliti.

Mengulas seruan Ketua Setiausaha Negara (KDN) yang mengajak semua penjawat awam untuk menjayakan agenda reformasi penjawat awam, Dato' Nazran berkata ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian pada 2025 iaitu peningkatan kualiti perkhidmatan awam, pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan modal insan dan penerapan nilai-nilai murni.

"Dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, penjawat awam perlu terus meningkatkan kualiti dengan menerapkan budaya kerja cemerlang, penggunaan teknologi digital dan inovasi dalam pelaksanaan tugas.

"Untuk mengukuhkan ekonomi negeri, usaha pengukuhan sektor ekonomi seperti pertanian, pelancongan serta Industri kecil dan Sederhana (IKS) perlu dipertingkatkan. Sokongan daripada penjawat awam dalam mempermudahkan urusan pelaburan dan pembangunan adalah kunci kepada kejayaan ini.

"Pembangunan modal insan, keupayaan dan kopetansi perlu ditingkatkan melalui pelbagai program latihan dan pembangunan.

"Manakala penerapan nilai murni seperti integeriti, kejujuran dan etika kerja mesti menjadi asas kepada perkhidmatan awam. Ia bukan sahaja dapat meyakinkan rakyat terhadap pentadbiran negeri tetapi juga menjadi panduan dalam setiap keputusan yang dibuat," katanya.

Mengakhiri ucapan, beliau menyeru penjawat awam bersama-sama berganding bahu dan mempertingkatkan iltizam untuk menjadikan pentadbiran Negeri Kelantan sebagai model tadbir urus yang cemerlang, berintegeriti dan mesra rakyat.

Majlis Amanat Tahun Baharu yang disampaikan oleh Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud itu turut dihadiri timbalannya, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan, Speaker Dewan Negeri Kelantan Dato' Sri Amar D'Raja YB Dato' Mohd Amar Abdullah dan mantan Menteri Besar YB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yacob.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Tengku Kaya Perkasa YB Dato' Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Penasihat Undang-Negeri YB Dato' Idham Abd Ghani, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN), Ahli Dewan Rakyat (ADR) Ketua Jabatan dan penjawat awam.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook