Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERSATUAN BOLA KERANJANG, WAT CHONPRACHUMTHAT TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN KELANTAN
utama

PERSATUAN BOLA KERANJANG, WAT CHONPRACHUMTHAT TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN KELANTAN

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 7 Januari- Persatuan Bola Keranjang Negeri Kelantan dan Wat Chonprachumthat dari Berangan, Tumpat masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhammad kepada wakil persatuan bola keranjang dan wat di pejabat beliau, hari ini.

Menurut YB Zamakhshari, sumbangan tersebut diberi bagi tujuan pengurusan persatuan dan aktiviti-serta kebajikan di wat.

"Sumbangan sebanyak RM10,000 ini adalah bagi tujuan pembangunan dan aktiviti-aktiviti kebajikan di wat dan bagi persatuan bola keranjang, ia boleh digunakan untuk pengurusan persatuan seperti menganjur kejohanan bola keranjang.

"Sumbangan ini bukan bentuk peruntukan, tetapi ia diberi apabila ada permohonan daripada pihak persatuan dan sebagainya berdasarkan kewangan yang ada,” jelasnya.

Sementara itu wakil Wat Chonprachumthat, Ehchan a/l Ehwan mengucap berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan tersebut.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan RM10,000 ini. Ia akan digunakan untuk pembangunan dan aktiviti-aktiviti di wat seperti perayaan loy krathong yang diadakan setiap tahun", katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan.

Seorang lagi penerima, Naib Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Negeri Kelantan, Ooi Siong Hwa juga turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan tersebut.

"Terima kasih diucapkan kepada YB Zamakhshari dan Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan ini. Ia akan digunakan untuk pengurusan persatuan dan penganjuran kejohanan seperti kejohanan bola keranjang tiga lawan tiga "3 on 3" dan sebagainya," katanya.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA), Lim Guan Seng dan Penolong Setiausaha PEKA, Hareetaran a/l Rahman.

Dalam perkembangan lain, YB Zamakhshari juga mengulas mengenai kejayaan Muhammad Afham Othman yang muncul naib johan di Kejohanan Golf Remaja Dunia di Florida Amerika Syarikat yang berlangsung pada 3 hingga 5 Januari lepas, YB Zamakhshari berkata, pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan tersebut. 

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Afham. Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada beliau untuk terus berusaha dan berjaya dalam sukan golf pada masa yang akan datang," ujarnya. 

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada adik Afham untuk menyertai kejohanan tersebut.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook