Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PROGRAM KELANTANKU BERSIH PUPUK KESEDARAN JAGA KEBERSIHAN
utama

PROGRAM KELANTANKU BERSIH PUPUK KESEDARAN JAGA KEBERSIHAN

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Bepix

KOTA DARULNAIM, 13 Januari – Program Kelantanku Bersih terus menjadi pemangkin kesedaran rakyat Kelantan tentang pentingnya menjaga kebersihan.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah, kebersihan tidak seharusnya terhad di kawasan rumah semata-mata, tetapi turut melibatkan kawasan awam seperti taman rekreasi, pusat pelancongan, pasar, dan jalan protokol.

"Kebersihan bukan sekadar di rumah, tetapi meliputi semua tempat tumpuan awam. Ini adalah langkah penting untuk memastikan negeri kita bersih dan maju," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2024 di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, pada Ahad.

Tambah YB Hilmi, inisiatif tersebut selaras dengan matlamat Kelantan untuk mencapai status negeri maju dan rakyat sejahtera.

"Untuk menjadi negeri maju, kebersihan adalah asas kepada pembangunan dan perlu menjadi budaya rakyat Kelantan," ujarnya.

Katanya lagi, program Kelantanku Bersih, yang diperkenalkan pada tahun 2016, telah menjadi agenda tahunan Kerajaan Negeri Kelantan.

"Bagi tahun 2024, peruntukan sebanyak RM9.3 juta telah disalurkan bagi melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pemerkasaan jentera pembersihan melibatkan penyediaan tiga lori kompaktor untuk Majlis Daerah Tumpat (MDT), Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) , dan Majlis Daerah Pasir Putih (MDPP) bernilai RM1.32 juta. 

Dua buah skylift pula diperuntukkan kepada Majlis Daerah Dabong (MDD) dan Majlis Daerah Machang (DMM) berjumlah RM520,000.

Sementara itu, RM3.39 juta diperuntukkan untuk memastikan pengurusan lebih efektif meliputi usaha naik taraf kemudahan awam dan infrastruktur melibatkan implikasi kewangan RM817,000 diperuntukkan untuk tempat tumpuan utama.

Manakala pembelian tong sampah pula ialah RM1.51 juta untuk semua PBT.

RM337,000 dilaburkan untuk meningkatkan kesedaran dengan agihan RM1.52 juta diperuntukkan untuk tapak di Beris Lalang (Bachok), Bukit Che Ros (Tanah Merah), dan Kok Bedullah (Tumpat).

Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

YB Hilmi turut mengumumkan peruntukan RM12 juta bagi Program Kebersihan, Keceriaan, dan Pengurusan Sisa Pepejal untuk tahun 2025.

Beliau mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menubuhkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) bagi menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan.

Majlis sambutan yang dirasmikan Timbalan Menteri Besar YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang Negeri YB Dato' Idham Abdul Ghani, Pegawai Kewangan Negeri YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feisal serta barisan Exco, Ahli Dewan Negeri (ADN), Yang Dipertua Majlis Daerah, dan ketua jabatan dari peringkat negeri serta persekutuan.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook