Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Provokasi politik jadi iklan percuma tarik pelancong

Provokasi politik jadi iklan percuma tarik pelancong

 


MARANG: Sebelum ini ada pelancong gerun hendak datang ke Terengganu kerana ada provokasi bermesej politik dilakukan pihak tertentu. 

Namun, di sebalik provokasi itu rupa-rupanya lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Dato’ Razali Idris berkata, provokasi politik menarik lebih ramai pelancong luar datang ke Terengganu.

Katanya mereka mahu melihat keadaan sebenar selepas muncul provokasi isu tertentu.


“Provokasi terbabit dianggap sebagai promosi percuma untuk Terengganu. Ini kerana pada 2024 pelancong asing ke Terengganu diangggar sebanyak 30 peratus,” katanya di sini.

Razali juga berkata, Kerajaan Terengganu sedia berkongsi pengalaman dalam bidang pelancongan dengan negeri-negeri lain di bawah Kerajaan Empat Negeri (SG4).

Katanya seni dan kebudayaan negeri di bawah pakatan SG4 hampir serupa.

Bagaimanapun kata beliau Terengganu mempunyai tiga program pelancongan yang tiada di tempat-tempat lain.

“Pada bulan Ramadan Terengganu ada festival pelita pada minggu pertama dan bagi tahun 2025 negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kedah dan Kelantan akan turut mengikuti festival itu.

“Aktiviti mencandat sotong juga tiada di tempat. Hanya di perairan Terengganu sahaja, dan tahun 2025 kita panggil negeri SG4. Negeri-negeri lain yang berminat pun boleh datang termasuk Thailand dan Singapura. 



“Kita akan sediakan bot kepada mereka bagi menyertai program tersebut,” katanya di sini. 

Razali juga berkata, Terengganu mempunyai karnival pantai yang diadakan secara besar-besaran melibatkan wakil daripada setiap daerah di negeri itu.

Menurutnya juga karnival pantai dan pelita rakyat boleh dianjurkan di negeri lain di bawah SG4.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook