Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pusat bayar kontraktor guna wang royalti

Pusat bayar kontraktor guna wang royalti

BESUT: Kerajaan negeri terpaksa menghantar permohonan kepada kerajaan pusat bagi mendapat wang royalti petroleum yang menjadi hak Terengganu.

Malah ada kes di mana kerajaan pusat hendak bayar terus kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di Terengganu menggunakan wang hasil royalti petroleum.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Dr Azman Ibrahim berkata, perjuangan mendapat royalti dan usaha meningkat hasil negeri berjalan secara serentak. 

Kata beliau Kerajaan Terengganu menggunakan pendekatan berunding bagi mendapatkan hak royalti petroleum daripada kerajaan pusat.

“Rundingan dengan kerajaan pusat diteruskan dan sehingga sekarang wang tersebut dibayar kepada kerajaan negeri secara runcit-runcit,” katanya di sini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Julai lalu Menteri Besar Dato’ Seri Ir Dr Samsuri Mokhtar memberitahu hasil rundingan dibuat dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan negeri itu mendapat wang royalti sebanyak RM792.32 juta.


Manakala 7 September lepas lebih 10,000 penduduk hadir pada program solat hajat dan munajat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagai usaha mendapat bayaran royalti petroleum.

Dr Azman juga berkata, biar pun kerajaan negeri tidak dinafikan berdepan kekangan kewangan, namun masih lagi di peringkat kawalan. 

“Berdasar perjanjian 5 peratus royalti perlu dibayar kepada Terengganu pada Mac dan September setiap tahun. 

“Sepatutnya wang royalti dibayar terus Petronas kepada negeri, namun sekarang Petronas bayar kepada perbendaharan dan kemudian perbendaharaan bayar kepada Terengganu,” ujarnya. 



Menurutnya juga setiap kali hendak menggunakan wang kerajaan Terengganu kena membuat permohonan kepada Perbendaharaan.

Sedangkan kata beliau duit yang dimohon tersebut milik Terengganu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook