Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT KELANTAN BERI PENGHORMATAN KEPADA PESAKIT KRONIK
utama

SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT KELANTAN BERI PENGHORMATAN KEPADA PESAKIT KRONIK

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 20 Januari – Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik Negeri Kelantan akan menganjurkan sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat negeri sebagai penghormatan dan sokongan kepada pesakit-pesakit kronik, termasuk kanser, penyakit buah pinggang, jantung, strok, dan lain-lain, terutamanya bagi golongan asnaf yang tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

Demikian kenyatan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Hilmi Abdullah berkaitan program yang bakal berlangsung di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ2), pada 16 Februari ini.

Menurutnya, program seperti itu amat penting untuk menunjukkan keprihatinan terhadap pesakit-pesakit kronik, dan kerajaan negeri Kelantan sentiasa menyokong sebarang usaha kebajikan serta kempen kesedaran kesihatan.

“Kita berharap ia dapat mengurangkan jumlah pesakit, baik yang menghidap penyakit berjangkit atau tidak berjangkit, dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih sihat,” catatnya dalam satu catatan di media sosial, hari ini.

Sebelum itu, YB Hilmi menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik Dato' Dr. Imi Sairi Abdul Hadi, di pejabatnya di Mabna, pada Ahad.

Mereka membincangkan persediaan dan pengurusan bagi penganjuran sambutan Hari Kanser Sedunia berkenaan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook