Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Syarat Sijil Pengesahan Halal sudah lama dilaksana
utama

Syarat Sijil Pengesahan Halal sudah lama dilaksana


SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Syarat memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat mendapatkan Lesen Kekal Perniagaan di Kelantan sudah lama ditetapkan sesuai dengan Kota Bharu sebagai bandar raya Islam.

Syarat berkenaan hanya membabitkan tujuh kategori sahaja iaitu dapur hotel, premis di lapangan terbang, pusat beli-belah, kopitiam, restoran berantai, restoran makanan segera atau francais dan kedai kek, roti serta kilang perusahaan.

 Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata,  Kerajaan Kelantan tidak tergesa-gesa membuat keputusan tersebut. 

"Kesemua kategori yang disenaraikan itu diklasifikasikan sebagai perniagaan  kukuh dari segi kewangan dan tidak membabitkan peniaga kecil," katanya kepada media selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2025 di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kota Darulnaim, di sini semalam.


Beliau menjawab kenyataaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen, Lee Chean Chung yang mendakwa keputusan itu boleh menimbulkan implikasi negatif terhadap peniaga kecil termasuk peniaga Melayu.

Hilmi juga berkata, perkara itu sudah lama dilaksanakan namun ia belum diwajibkannya.

"Sebelum ini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sudah melaksanakan kursus kepada semua usahawan," katanya.

Tambah beliau lagi, kesemua tujuh kategori itu boleh meneruskan perniagaan di bawah lesen sementara yang boleh dipohon setiap tahun jika tiada sijil berkenaan.

Menurutnya jika lesen kekal boleh berniaga sehingga tempoh lima tahun sebelum lesen diperbaharui.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook