Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TIADA KESESAKAN DI ICQS RANTAU PANJANG: YB DATO’ SITI ZAILAH
utama

TIADA KESESAKAN DI ICQS RANTAU PANJANG: YB DATO’ SITI ZAILAH

Oleh: Norzana Razaly

RANTAU PANJANG, 8 Januari – Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff turun padang untuk menilai sendiri situasi semasa di kawasan strategik sempadan negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Hasil tinjauan tersebut, beliau  mendapati tiada kesesakan berlaku di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand melalui Rantau Panjang-Sungai Golok pada hari-hari biasa.

Beliau menyatakan komitmennya untuk memastikan kelancaran pergerakan di kawasan sempadan, terutama bagi rakyat yang menggunakan laluan darat tersebut untuk urusan harian, ulang alik ke sekolah serta perniagaan.

“Saya hadir membuat tinjauan sekitar pukul 7.00 pagi tadi di ICQS untuk memastikan pengguna pintu sempadan itu  tidak berdepan sebarang masalah.

"Kita buat tinjauan ini selepas menerima aduan daripada masyarakat tentang kesesakan di pintu masuk ini pada hujung minggu dan musim cuti namun isu itu tidak melibatkan pelajar.

"Kita ambil berat kemaslahatan rakyat selepas arahan larangan rentas sempadan melalui pengkalan haram di Sungai Golok oleh pihak berwajib mulai 1 Disember tahun lepas," jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut memuji kelancaran operasi di pintu sempadan dan menyatakan keyakinan bahawa kerjasama agensi terlibat dapat memastikan pergerakan keluar masuk di sempadan berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan kepada rakyat.

“Antara pengguna tegar ICQS ialah lebih kurang 100 pelajar di Golok yang bersekolah di Rantau Panjang. Ada juga pelajar kita yang bersekolah di Golok. Mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah rata-ratanya mengakui yang mereka dapat sampai ke sekolah tepat pada waktu sebelum loceng berbunyi pukul 7.30 pagi,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Dato' Siti Zailah memaklumkan kerajaan sudah ada perancangan untuk membesarkan ICQS dan menambah Jambatan Muhibbah kedua.

Oleh itu,  beliau amat berharap agar rakyat dapat mematuhi peraturan sedia ada dan berkerjasama dengan pihak berkuasa demi keselamatan serta keselesaan semua pihak, sementara dua kemudahan itu siap.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook