Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TIGA PRINSIP PERLU DIPEGANG OLEH AHLI MAJLIS PBT -  MENTERI BESAR
utama

TIGA PRINSIP PERLU DIPEGANG OLEH AHLI MAJLIS PBT - MENTERI BESAR

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 13 Januari - Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memegang tiga prinsip yang telah dipamerkan oleh Nabi Syuib a.s bagi memastikan pentadbiran negeri sentiasa terarah kepada kesejahteraan rakyat dan mendapat keberkatan serta keredaan daripada Allah SWT," kata Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Menurutnya, prinsip tersebut bertitik tolak daripada kisah Nabi Syuib a.s yang telah mempamerkan prinsip kepimpinan yang berguna sebagai seorang pemimpin.

"Tiga prinsip tersebut adalah menggariskan keutamaan dan memperbaiki masyarakat tanpa ada agenda peribadi, menyedari bahawa keberhasilan adalah dengan izin dan bantuan Allah SWT, serta menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti berlandaskan keadilan.

"Ketiga-tiga prinsip tersebut seharusnya menjadi pegangan kukuh semua Ahli Majlis dan pemimpin masyarakat dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan demi mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negeri," ulasnya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan tahun 2025, di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Tambah beliau, Ahli Majlis bukan sekadar memegang jawatan, bahkan menjadi penjawat amanah yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam memastikan kehendak kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Kita kena ingat bahawa jawatan dan amanah yang kita pikul ini akan dipersoal di hadapan Allah SWT pada hari akhirat.

"Jawatan yang diberikan ini bukanlah suatu kurniaan atau kemuliaan, tetapi merupakan suatu taklifan iaitu bebanan yang mesti dipikul dan dilaksanakan serta ditunaikan dengan sebaik-baiknya."

Dato' Mohd Nassuruddin turut menegaskan bahawa Ahli Majlis PBT perlu menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan dengan menyampai maklumat kerajaan kepada rakyat agar rakyat bergerak seiring dengan hasrat kerajaan.

Beliau juga menyeru Ahli Majlis sentiasa berwaspada dan memastikan setiap keputusan yang diambil adalah adil dan saksama.

"Di sinilah pentingnya hikmah dalam mengambil sebarang keputusan supaya keputusan yang dibuat memberikan kebaikan kepada semua pihak, sama ada dalam aspek pentadbiran mahupun yang berkaitan dan memberi kesan kepada politik secara umum," tambahnya.

Untuk rekod, seramai 288 Ahli Majlis dari 12 PBT menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar hari ini.

Hadir sama, YB Timbalan Menteri Besar Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, mantan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Muhammad, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan YB Dato' Idham Abdul Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa, Dato' Tengku Faziharudean Tengku Feissal, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri Kelantan, Yang Dipertua PBT dan ketua jabatan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook